Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menjawab Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang mendakwa PAS jadikan BN sebagai 'proksi’ pada PRN Johor.Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menjawab Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang mendakwa PAS jadikan BN sebagai 'proksi’ pada PRN Johor.

Tak pernah takut, PAS letak calon lawan DAP di Jementah, kata Dr Sam

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
SAMSURI MOKHTARNaib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui cabaran besar didepani apabila masuk bertanding di kawasan majoriti besar dalam kalangan bukan Melayu.

MUAR: PAS tidak pernah takut bersemuka DAP pada PRN Johor selepas mengambil kira ‘perkiraan bagi memberi tentangan sewajarnya’, kata Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang mengatakan PAS takut berdepan DAP pada PRN itu, Ahmad Samsuri menjawab, parti itu meletakkan calon di DUN Jementah yang menjadi kerusi disandang DAP.

“Tak timbul pun PAS takut, kita telah membuat analisa kenapa kita bertanding dan kenapa kita tak bertanding. Kita letak (calon) di tempat yang pada perkiraan boleh memberi satu tentangan sewajarnya.

“…kita tahu ada cabaran yang besar bila kita masuk bertanding di kawasan majoriti yang besar di kalangan bukan Melayu, jadi tentulah perkiraannya adalah perkiraan kebolehmenangan dan dari segi calon.

“Jadi, saya rasa itu pada anggapan beliau, kita ada kekuatan tersendiri,” katanya ditemui ketika membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Maharani, Anuar Hayan.

Dilaporkan, Loke mendakwa PAS sebaliknya memilih bergantung kepada ‘proksi’, Barisan Nasional (BN) daripada menempatkan calon berdepan DAP.

Katanya, keputusan parti itu tidak meletakkan calon di kawasan ditandingi DAP menjadi sebahagian daripada strategi menyatukan undi bagi calon BN, terutamanya daripada MCA.

Untuk rekod, PAS meletakkan calon mewakili PN di Jementah yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calonnya, Saifullah Abdul Wahab, See Ann Giap (BN), dan penyandang, Ng Kor Sim (PH).

Pada PRN lalu, Ng menang dengan majoriti 714 undi.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000255
$0.0000255$0.0000255
-5.55%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.