Namun ketua BN Johor itu tekankan kejadian berkenaan benar-benar berlaku dan bukan pada waktu kempen.Namun ketua BN Johor itu tekankan kejadian berkenaan benar-benar berlaku dan bukan pada waktu kempen.

Onn Hafiz mahu ‘move on’ isu dihalang masuk Felda

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
onn hafiz ghaziOnn Hafiz Ghazi sebelum ini mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan tanah Felda, menyebabkan Sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026 dibatalkan.

MUAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi berkata beliau mahu ‘move on’ daripada isu dirinya dihalang memasuki kawasan tanah Felda yang menimbulkan polemik.

Beliau bagaimanapun menegaskan kejadian beliau dilarang menghadiri majlis Hari Peneroka Felda itu benar-benar berlaku dan bukan pada waktu kempen PRN Johor.

Onn Hafiz turut mendakwa menerima surat daripada pengurusan Felda bahawa program itu terpaksa ditangguhkan atas sebab teknikal.

“Tak apalah, saya rasa kita move on daripada insiden itu dan terus berkempen secara sihat,” katanya selepas program bersama penduduk Parit Raja di DUN Maharani.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan tidak menyekat sebarang penganjuran program kerajaan negeri bersama peneroka Felda.

Bagaimanapun, beliau menegaskan penggunaan jentera kerajaan persekutuan untuk tujuan kempen pilihan raya tidak dibenarkan.

Anwar berkata arahan jelas sudah dikeluarkan supaya semua acara yang menggunakan jentera kerajaan tidak diadakan sepanjang tempoh kempen bagi memastikan prinsip keadilan dan integriti dipatuhi.

Minggu lalu, Onn Hafiz mendakwa beliau dihalang memasuki kawasan tanah Felda, menyebabkan Sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026 dibatalkan.

Beliau berkata insiden itu kali pertama berlaku apabila seorang menteri besar dihalang menyempurnakan program bersama komuniti Felda di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz menafikan dakwaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa pembangunan antara Johor Selatan dan kawasan utara negeri itu tidak seimbang.

Beliau berkata beberapa projek pembangunan sedang dan telah dirancang di kawasan utara, termasuk Maharani Freeport, yang dijangka memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Kita lihat dengan adanya projek ini, akan ada banyak limpahan terutama dari segi perniagaan dan peluang pekerjaan.

“Dari segi pembangunan di setiap daerah, kita ada Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP) yang melihat pembangunan secara lebih menyeluruh.

“Setiap daerah mempunyai fokus masing-masing, jadi apa yang dicanang mereka tidak benar sama sekali,” katanya.

Market Opportunity
Movement Logo
Movement Price(MOVE)
$0.01102
$0.01102$0.01102
-0.98%
USD
Movement (MOVE) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.