R Yuneswaran berkata beliau dapat berkomunikasi dengan masyarakat berbilang kaum dan menyampaikan mesej dengan lebih tepat.R Yuneswaran berkata beliau dapat berkomunikasi dengan masyarakat berbilang kaum dan menyampaikan mesej dengan lebih tepat.

Ahli Parlimen Segamat guna kelebihan 4 bahasa bantu kempen PH

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
YUNESWARAN RAMARAJAhli Parlimen Segamat R Yuneswaran mengadakan siri ziarah kasih di kawasan Parlimennya.

SEGAMAT: Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran memanfaatkan kelebihan menguasai empat bahasa untuk membantu kempen Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor.

Timbalan menteri perpaduan itu berkata, penguasaan bahasa Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris sejak zaman persekolahan membolehkannya mendekati pengundi pelbagai latar belakang dengan lebih berkesan.

“Ini adalah satu kelebihan untuk kita berkomunikasi dengan masyarakat berbilang kaum dan menyampaikan mesej dengan lebih tepat,” katanya kepada FMT selepas mengadakan siri ziarah kasih di kawasan Parlimennya.

Mengulas peluang PH, jelasnya, momentum sokongan kepada gabungan itu semakin baik berbanding PRN lalu kerana rakyat kini lebih menilai kemampuan calon serta prestasi kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, khususnya dalam menjaga kebajikan, menguruskan ekonomi dan membawa pembangunan ke Johor.

YUNESWARAN RAMARAJPenguasaan bahasa Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris membolehkan Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran mendekati pengundi pelbagai latar belakang dengan lebih berkesan.

Beliau menyeru pengundi Johor menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada 11 Julai ini dengan memilih calon mempunyai kepimpinan, rekod perkhidmatan serta kemampuan membela rakyat.

Jika PH diberi mandat mentadbir Johor, Yuneswaran berharap Johor utara terus menjadi keutamaan kerana kawasan itu masih memerlukan pembangunan dan kemudahan infrastruktur lebih baik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri lebih seimbang.

“Johor utara perlukan pembangunan yang sangat penting. Kita lihat beberapa projek seperti Segamat Inland Port (SIP) yang diaktifkan semula, sistem perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan projek berkaitan pengangkutan akan membantu menggerakkan ekonomi kawasan ini.”

Sementara itu, beliau berpendapat penyertaan sulung Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang mewakili Perikatan Nasional pada PRN Johor tidak menggugat keyakinan pengundi India terhadap PH kerana rakyat lebih mengutamakan kestabilan, pembangunan serta keupayaan calon berkhidmat kepada masyarakat.

Market Opportunity
4 Logo
4 Price(4)
$0.008678
$0.008678$0.008678
-2.54%
USD
4 (4) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.