Timbalan ketua Bersatu Johor berkata kekuatan jentera PN tidak hanya bergantung kepada satu parti kerana mendapat bantuan jentera luar Johor.Timbalan ketua Bersatu Johor berkata kekuatan jentera PN tidak hanya bergantung kepada satu parti kerana mendapat bantuan jentera luar Johor.

Bersatu yakin PN tetap kuat di Senggarang walau tanpa bantuan PAS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Rashid HasnonTimbalan Ketua Bersatu Johor Rashid Hasnon menolak label ‘giant killer’ jika menang di Senggarang.

BATU PAHAT: Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Senggarang, Rashid Hasnon, menepis tanggapan ketiadaan bantuan rasmi jentera PAS akan menjejaskan gerak kerja kempen gabungan itu di kawasan berkenaan.

Timbalan ketua Bersatu Johor berkata, kekuatan jentera PN tidak hanya bergantung kepada satu parti kerana gabungan masih mempunyai sokongan komponen lain termasuk Gerakan, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan selain jentera luar Johor.

“Jentera bukan hanya datang dari kawasan itu sahaja. Kita boleh kumpulkan dari luar negeri juga,” katanya dalam temu bual FMT di Bilik Gerakan Bersatu DUN Senggarang.

Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu juga percaya masih terdapat bekas penyokong Bersatu yang akan kembali membantu PN sepanjang tempoh dua minggu berkempen.

Katanya, ketika menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat sebelum ini, beliau mempunyai hubungan rapat dengan ahli akar umbi dan pengundi di kawasan berkenaan.

Mengulas kehadiran dua wakil PAS pada pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) di Rengit semalam, Rashid berkata perkara itu berlaku di luar kawasan Senggarang dan tidak semestinya menggambarkan pendirian keseluruhan ahli PAS.

Dua pemimpin PAS Batu Pahat hadir dalam majlis BN ketika dua daripada tiga kerusi DUN ditandingi gabungan itu menyaksikan pertembungan dengan Bersatu, rakan PAS dalam PN.

Kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Batu Pahat Misran Samian dan Hazrin Abdul Hamid dalam majlis di Dewan Kampung Parit Mengkudu, Rengit, disambut Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi.

Ahad lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata parti itu mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-BN di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor 11 Julai ini.

Sementara itu, Rashid menolak label ‘giant killer’ jika menang di Senggarang kerana menyifatkan dirinya ‘underdog’ yang mahu memberi persaingan sengit dalam PRN kali ini.

DUN Senggarang menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Rashid berdepan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) dan penyandang yang juga calon BN, Yusla Ismail.

Pada PRN Johor 2022 kerusi itu dimenangi Yusla dengan majoriti 3,912 undi dalam pertandingan lima penjuru.

“Kamu sebut giant killer. Tak, saya bukan ‘giant killer’. Saya kata underdog. Dua perkara yang berbeza. Tapi mungkin kalau menang, orang nampak saya giant killer,” katanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.04476
$0.04476$0.04476
-1.71%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.