Ketua Polis Perak Alwi Zainal Abidin berkata, lima individu telah memberikan keterangan berhubung kejadian di sebuah sekolah menengah di Ipoh itu, termasuk rakan-rakan mangsa dan guru sekolah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Polis tidak mendapati sebarang unsur jenayah dalam kes seorang remaja berusia 13 tahun yang terjatuh dari sebuah bangunan di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 22 Jun lepas.
Ketua Polis Perak Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan mendapati insiden tersebut berpunca daripada kecuaian mangsa sendiri, yang mengakibatkan dia cedera parah.
Remaja lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil di hospital selepas sedarkan diri, lapor Sinar Harian.
Alwi berkata, remaja terbabit dipercayai telah pergi ke tingkat tiga bangunan tersebut sebelum terjatuh.
Katanya, lima individu telah memberikan keterangan, termasuk rakan-rakan mangsa dan guru sekolah.


