Bersatu serah kepada penyokong untuk membuat keputusan sendiri di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor.Bersatu serah kepada penyokong untuk membuat keputusan sendiri di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor.

Bersatu tak ikut PAS arah sokong BN, elak penyokong keliru, kata Muhyiddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Muhyiddin Yassin pada program Sembang Santai di Kampung Jayor bersama calon PN bagi DUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal.

PAGOH: Bersatu tidak mengeluarkan arahan khusus kepada penyokongnya untuk mengundi parti lain di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN), berbeza dengan PAS yang mengarahkan ahlinya menyokong calon Barisan Nasional (BN).

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata terserah kepada ahli dan penyokong untuk membuat keputusan sendiri bagi menyokong mana-mana parti sealiran selain yang berada dalam PN jika tiada calon gabungan itu bertanding.

“Kadang-kala ada kes mereka tak mahu mengundi sebab parti (luar PN) yang bertanding mereka tak suka.

“Kalau mereka anggap parti itu UmDAP, takkan saya nak buat arahan sebegitu (supaya sokong) kerana ada asas tertentu, kira tak sama dengan parti lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Sembang Santai di Kampung Jayor bersama calon PN bagi DUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal.

Muhyiddin berkata pendekatan itu dibuat bagi memastikan pengundi dan penyokong PN, khususnya Bersatu, tidak keliru.

“Strategi PN tak kira parti apa, Bersatu ke atau parti lain, untuk mendapat sokongan seramai mungkin kita jangan celarukan fikiran pengundi.

“Ini sokong dan ini tak sokong,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya ahli dan penyokong parti itu mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi PN pada PRN Johor 11 Julai depan.

Beliau berkata arahan itu bertujuan memastikan sokongan diberikan kepada calon BN di kawasan yang tidak mempunyai calon PN, sambil menegaskan ahli PAS tidak mengundi Pakatan Harapan (PH).

Susulan itu, Pengerusi BN Zahid Hamidi berharap saranan kepimpinan PAS supaya penyokong dan pengundinya mengundi calon gabungan itu dapat diterjemahkan di semua 56 kerusi DUN.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002626
$0.00002626$0.00002626
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.