Pengerusi BN berkata gabungan itu sedang memperincikan calon dan kerusi ditandingi, selepas memutuskan bergerak solo pada PRN, Ogos depan.Pengerusi BN berkata gabungan itu sedang memperincikan calon dan kerusi ditandingi, selepas memutuskan bergerak solo pada PRN, Ogos depan.

PRN N Sembilan: Tok Mat ketuai perincian calon BN, kata Zahid

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Umno Negeri Sembilan, semalam. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Mohamad Hasan akan mengetuai perincian calon dan kerusi bakal ditandingi gabungan itu pada PRN negeri itu, Ogos depan.

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata perbincangan berhubung perkara itu turut membabitkan Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias serta pimpinan parti komponen BN negeri.

“Umno dan BN Negeri Sembilan kini sedang memperincikan calon akan diketengahkan.

“Saya serahkan soal perincian itu kepada pengerusi BN Negeri Sembilan (Mohamad),” katanya kepada pemberita selepas satu majlis Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Negeri Sembilan akan diadakan 1 Ogos depan dengan penamaan calon ditetap 18 Julai manakala penamaan calon 28 Julai.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan 5 Jun, menyusuli ketegangan politik selama beberapa minggu, yang tercetus Mei lalu apabila semua 14 Adun BN menarik balik sokongan kepada Menteri Besar Aminuddin Harun.

Tindakan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan cara Aminuddin mengendalikan krisis institusi di negeri itu.

Zahid yang juga presiden Umno berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan empat peringkat Umno negeri itu semalam.

Katanya, pertemuan itu memberi penekanan kepada kesiapsiagaan parti menghadapi PRN, termasuk penyatuan kepimpinan dan ahli di semua peringkat.

Beliau turut menyifatkan PRN Negeri Sembilan kali ini sebagai ‘situasi luar biasa’ buat BN kerana gabungan itu tidak lagi bergerak bersama Pakatan Harapan (PH) seperti pilihan raya negeri lalu.

“Kerana itu pilihan dibuat Umno dan BN Negeri Sembilan. Maka kita akan pergi secara solo,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002626
$0.00002626$0.00002626
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.