Bekas ketua komunikasi korporat di Jabatan Perdana Menteri berkata BN Johor tidak boleh membiarkan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menjadi ‘watak utamaBekas ketua komunikasi korporat di Jabatan Perdana Menteri berkata BN Johor tidak boleh membiarkan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menjadi ‘watak utama

BN Johor perlu elak perang mulut dengan Puad, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Puad Zarkashi Onn Hafiz GhaziPemimpin nasional BN perlu menjawab Puad Zarkashi, manakala ketua BN Johor Onn Hafiz Ghazi harus memberi tumpuan kepada kempen, kata seorang perunding.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Johor perlu memberi tumpuan kepada isu tempatan, calon pilihan raya dan rekod perkhidmatannya, selain mengelak daripada terheret dalam pertelingkahan terbuka dengan bekas pemimpin Umno, Puad Zarkashi, kata seorang perunding komunikasi.

Raziz Rashid berkata sebarang pertelingkahan dengan Puad hanya akan mengalihkan tumpuan daripada mesej utama gabungan itu dan memberi ruang kepada Puad untuk menjadi ‘watak utama PRN Johor’.

“Dalam komunikasi krisis, persoalannya ialah sama ada sesuatu respons itu membantu mencapai matlamat kempen.

“Kempen di peringkat negeri perlu kembali memberi tumpuan kepada calon,” kata Raziz kepada FMT.

Raziz RashidRaziz Rashid.

Katanya, Ketua BN Johor Onn Hafiz Ghazi ‘perlu bercakap mengenai Johor, bukan Puad’.

Puad, yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, keluar parti pada Khamis.

Beliau berkata, beliau tidak lagi boleh berdiam diri terhadap apa yang disifatkannya sebagai kekurangan autonomi Umno Johor dalam membuat keputusan.

Puad turut menuduh Onn Hafiz sekadar menjadi ‘pak turut’ dan mendakwa beliau menjadikan Umno Johor sebagai ‘boneka yang terikat dengan kawalan luar’.

Onn Hafiz menolak dakwaan Puad manakala Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Puad sebelum ini mengugut untuk keluar parti dan mengkritik Umno secara terbuka jika anaknya tidak dicalonkan di kerusi Rengit pada pilihan raya akan datang.

Raziz menggesa Umno memberi respons secara berhemah.

Katanya, parti itu hanya perlu mengakui peletakan jawatan Puad, menolak dakwaan yang tidak tepat, mempertahankan proses mengikut perlembagaan parti, dan kemudian meneruskan kempen.

“Apa-apa tindakan lebih daripada itu hanya akan memanjangkan hayat kontroversi ini,” kata Raziz, yang juga bekas ketua komunikasi korporat di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, respons yang lebih matang ialah mengawal keadaan, iaitu tanpa menaikkan emosi, tanpa serangan balas di peringkat calon, dan tanpa menjadikan isu itu sebagai permusuhan peribadi.

Katanya, sebarang jawapan balas terhadap Puad sepatutnya ditangani pemimpin BN di peringkat nasional, manakala BN Johor perlu diberi ruang untuk terus memberi tumpuan kepada kempen.

“Kempen yang menang ialah kempen yang tahu perkara mana tidak patut diperbesarkan.

“Tugas BN sekarang mudah: biarkan Puad bertanggungjawab atas keputusannya keluar parti, biarkan fakta menjawab, dan biarkan pengundi Johor menilai calon yang ditawarkan,” kata Raziz.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002611
$0.00002611$0.00002611
-3.51%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus