Calon BN bagi DUN Endau, Alwiyah Talib, rakam penghargaan atas kepercayaan yang diberikan.Calon BN bagi DUN Endau, Alwiyah Talib, rakam penghargaan atas kepercayaan yang diberikan.

Soal ‘rumah politik’ bukan isu utama, kata calon BN bekas Bersatu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Alwiyah TalibAlwiyah Talib menang DUN Endau pada PRU14 atas tiket BN, dan pada PRN lalu sebagai calon PN. (Gambar Bernama)

MERSING: Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Endau, Alwiyah Talib, menegaskan soal ‘rumah politik’ bukan isu utama, sebaliknya untuk terus menjadi penghubung dan mewakili suara rakyat.

Beliau kekal dengan pendirian untuk terus berkhidmat kepada masyarakat meskipun wujud pelbagai sentimen berhubung kedudukannya, yang kembali atas tiket BN pada PRN Johor kali ini.

“Saya menawarkan pengalaman, komitmen dan kesungguhan untuk terus membawa pembangunan, memperkukuhkan ekonomi setempat serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Insya-Allah, dengan sokongan padu seluruh rakyat Endau, kami akan melangkah ke hadapan membina sebuah Endau yang lebih maju, makmur dan sejahtera untuk semua,” menurut kenyataan.

Alwiyah merakamkan penghargaan kepada pucuk kepimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan.

Pada PRN 2022, Alwiyah yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menang di Endau dengan majoriti 3,041 undi dalam saingan lima penjuru.

Beliau sebelum itu memenangi kerusi berkenaan pada PRU14 atas tiket BN, sebelum menyertai Bersatu.

Endau yang mempunyai 28,767 pemilih berdaftar menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Alwiyah, Saiful Nizam Samat daripada Pakatan Harapan, Hasnul Hakimi Hussien yang mewakili PN, dan Jati Awang calon Parti Orang Asli Malaysia.

Hari pengundian PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002611
$0.00002611$0.00002611
-3.51%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus