Setiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman, berkata parti luar tidak terlibat dengan urusan calon BN, yang turut bersaing dengan calon PN.Setiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman, berkata parti luar tidak terlibat dengan urusan calon BN, yang turut bersaing dengan calon PN.

Pemimpin Umno nafi BN-PN ada ‘persefahaman’ berhubung kerajaan negeri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Abdul Halim Suleiman Noor Azleen AmbrosSetiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman, dan Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, tepis dakwaan mengatakan ada suatu persefahaman antara BN dan PN.

JOHOR BHARU: Pimpinan Umno menepis dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai suatu ‘persefahaman’ berhubung kerajaan negeri selepas PRN Johor.

Setiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman, berkata parti luar tidak terlibat dengan urusan calon BN, yang turut bersaing dengan calon PN.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ‘persefahaman’ itu mainan persepsi untuk meraih sokongan pengundi.

“Sebenarnya tiada sebarang perundingan langsung dengan PN. Calon-calon kita tanding solo. Tak ada campur tangan mana-mana parti luar BN. Kalau tengok PN mereka bertanding atas kapasiti gabungan mereka sendiri,” katanya kepada FMT.

Halim mengulas kenyataan seorang bekas Adun DAP yang menggesa pengundi keluar mengundi bagi menghalang BN dan PN membentuk kerajaan negeri.

Chew Chong Sin mendakwa wujud ‘persefahaman tidak rasmi’ antara dua gabungan itu, berdasarkan keputusan PN meletakkan 33 calon.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi. BN dan PH bertembung di semua kerusi.

Sebelum ini, Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, menegaskan tidak akan membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan jika diberi mandat.

“Apa juga yang dikatakan pemimpin DAP itu satu usaha mengalihkan isu-isu dalaman yang dihadapi DAP-PH sendiri termasuk dalam soal pemilihan calon,” kata Halim.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai ketandusan modal untuk berkempen.

“Mereka sampai terpaksa mereka-reka benda yang tak wujud untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka,” katanya.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1452
$0.1452$0.1452
-2.48%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus