SPRM sita barangan itu daripada Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin dengan permohonan lucut hak dibuat pada 4 Mei.SPRM sita barangan itu daripada Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin dengan permohonan lucut hak dibuat pada 4 Mei.

23 jam Rolex, 15 barang kemas adik ipar bekas PTD diisytihar harta kerajaan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
mahkamahMahkamah Sesyen Kuala Lumpur benar permohonan pendakwaan melucut hak harta itu selepas tiada pihak ketiga hadir menuntut.

PETALING JAYA: Sebanyak 23 jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada adik ipar bekas panglima tentera darat (PTD), Muhammad Hafizuddeain Jantan, Nor Shahira Atirah Anuar @ Kamaruddin, hari ini secara rasmi menjadi harta kerajaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat, berkata ia susulan selepas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rosli Ahmad memerintahkan supaya harta itu dilucut hak kepada kerajaan.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta itu, namun tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah untuk menuntut harta tersebut,” katanya menurut Bernama selepas prosiding sebutan ditetapkan bagi kehadiran pihak ketiga.

Sementara itu, peguam Muhammad Kausar Mohd Khairi yang mewakili Nor Shahira Atirah mengesahkan perkara itu.

Pada prosiding sebelum ini, pihak SPRM memohon perintah mahkamah menyiarkan warta bagi memanggil mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu untuk hadir ke mahkamah, mengikut Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009.

Pada 4 Mei lalu, pendakwa raya selaku pemohon memfailkan notis berkenaan terhadap Nor Shahira Atirah, memohon supaya 23 jam tangan mewah itu dan 15 barang kemas yang disita daripada responden dilucutkan hak kepada kerajaan.

Permohonan itu dibuat atas alasan pendakwa raya di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 41(1) Akta SPRM dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah berpuas hati bahawa harta alih yang disita oleh SPRM dilucutkan hak, iaitu tiada pendakwaan jenayah atas suatu kesalahan di bawah akta itu.

Dakwa pemohon, harta itu diperoleh hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Market Opportunity
4 Logo
4 Price(4)
$0,008887
$0,008887$0,008887
-3,08%
USD
4 (4) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order