Pemeriksa dokumen forensik Linthini Gannetion berkata terdapat juga satu dapatan luar biasa pada pembentukan huruf kecil 't' dalam diari milik Zara Qairina MahathirPemeriksa dokumen forensik Linthini Gannetion berkata terdapat juga satu dapatan luar biasa pada pembentukan huruf kecil 't' dalam diari milik Zara Qairina Mahathir

Darah pada dokumen bukan bukti tulisan tangan Zara Qairina, kata pakar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
zara qairinaZara Qairina Mahathir meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner diberitahu kesan darah Zara Qairina Mahathir pada sesuatu dokumen tidak semestinya membuktikan tulisan tangan pada dokumen itu miliknya.

Pemeriksa dokumen forensik dan pakar tulisan tangan bertauliah, Linthini Gannetion menjelaskan analisis DNA tidak mempunyai kaitan dalam menentukan siapa penulis dalam pemeriksaan tulisan tangan.

“Analisis DNA tidak mempunyai kaitan dengan penentuan siapa penulis sesuatu tulisan. Oleh itu, walaupun darah itu miliknya, ia tidak bermaksud tulisan tangan tersebut adalah miliknya,” kata pakar itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh yang mewakili seorang daripada pelajar dituduh membuli Zara Qairina, dalam prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Perkara itu timbul apabila Goh bertanya kepada Linthini sama ada beliau bersetuju dengan cadangan bahawa Y8A ditulis oleh Zara Qairina berdasarkan terdapat kesan darahnya pada dokumen tersebut.

Saksi ke-74 dalam inkues itu, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemeriksaan Dokumen Forensik dari Universiti Sains Malaysia, berkata tiada kesimpulan dapat dibuat mengenai penulis dokumen Y8A kerana ketiadaan sampel tulisan tangan dari tempoh yang sama untuk tujuan perbandingan.

Linthini berkata, terdapat juga satu dapatan yang luar biasa pada pembentukan huruf kecil ‘t’ dalam dokumen tersebut menyebabkan beliau tidak dapat menolak kemungkinan unsur penyamaran atau kemungkinan bahawa halaman itu ditulis oleh orang lain.

“Disebabkan terdapat dapatan luar biasa pada huruf kecil ‘t’ ini, saya tidak boleh menolak unsur penyamaran. Saya juga tidak boleh menolak kemungkinan bahawa orang lain menulis halaman ini. Oleh itu, disebabkan saya tidak mempunyai bukti dari tempoh masa tertentu, saya perlu mengikut piawaian ditetapkan,” katanya.

Linthini berkata, dalam pemeriksaan tulisan tangan, kedua-dua persamaan dan perbezaan perlu ditimbang sebelum sesuatu kesimpulan dibuat, dan mengikut piawaian pemeriksaan dokumen forensik, dapatan ‘tiada kesimpulan’ perlu dibuat apabila terdapat faktor pembatas ketara, termasuk kekurangan bahan tulisan yang boleh dibandingkan.

Pada prosiding hari ini, beberapa halaman dipaparkan di skrin semasa sesi soal jawab mengenai kaedah pemeriksaan dokumen. Halaman tersebut mengandungi catatan yang menyentuh perasaan peribadi Zara Qairina, termasuk perkara berkaitan hubungan Allahyarham dengan ibunya.

Semalam, Linthini memberi keterangan bahawa dokumen yang ditandakan sebagai Y1 hingga Y15 telah disahkan sebagai helaian yang dikoyakkan daripada diari ‘Love and Peace’, yang dipercayai milik Zara Qairina.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.

Pada 13 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis, manakala pada 8 Ogos 2025, AGC mengeluarkan perintah menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

Inkues bersambung esok dengan saksi sama.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002615
$0.00002615$0.00002615
+0.11%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order