Debat Maszlee Malik dengan Onn Hafiz Ghazi dicadangkan sebuah halaman Facebook, WOW Malaysia.
PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) Maszlee Malik menerima cadangan debat antara beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi sempena PRN 11 Julai depan.
Debat itu dicadangkan sebuah halaman Facebook, WOW Malaysia.
Calon bagi DUN Puteri Wangsa itu berharap debat itu menjadi wahana untuk mendidik rakyat dan menjulang budaya politik matang.
“Dengan segala rasa rendah diri dan hormat, serta berpijak di atas latar dan prinsip demokrasi, saya menerima pelawaan/cabaran ini,” katanya di Facebook..
Maszlee merupakan bekas menteri pendidikan, manakala Onn Hafiz adalah menteri besar Johor pada penggal lalu.
PH dan BN akan bertembung di semua 56 kerusi pada PRN 11 Julai depan.


