Kenderaan itu dikatakan menggunakan 'sistem bantuan pemanduan automatik' ketika kemalangan berlaku.Kenderaan itu dikatakan menggunakan 'sistem bantuan pemanduan automatik' ketika kemalangan berlaku.

Wanita maut selepas Tesla dipercayai dalam mod pandu sendiri langgar rumah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Menurut pihak berkuasa, Tesla itu dipandu pada kelajuan tinggi dan melanggar mangsa, M Avila yang berada dalam rumah, di Texas, Amerika Syarikat. (Gambar Envato Elements)

ANKARA: Seorang wanita maut selepas sebuah kenderaan Tesla yang dipercayai berada dalam mod pandu sendiri melanggar sebuah rumah di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku kira-kira 8 malam waktu tempatan pada Jumaat di Katy apabila sebuah kenderaan Tesla jenis Model 3 yang dipandu Michael Butler dipercayai keluar dari lorongnya sebelum terbabas dan melanggar sebuah kediaman, menurut laporan ABC News yang memetik pihak berkuasa.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Harris, Butler mengendalikan kenderaan itu menggunakan ‘sistem bantuan pemanduan automatik’ ketika kemalangan berlaku.

“(Kenderaan) Tesla yang dipandu Butler memasuki kediaman itu pada kelajuan tinggi dan melanggar M Avila yang berada di dalam rumah berkenaan,” menurut pejabat syerif dalam satu kenyataan.

Avila diterbangkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia kemudian, kata penyiasat.

Pihak berkuasa berkata Butler cedera dalam kemalangan itu, namun tidak menunjukkan tanda-tanda berada di bawah pengaruh alkohol dan telah memberikan kerjasama kepada penyiasat.

Menurut laporan itu, siasatan masih dijalankan dan setakat petang Sabtu, tiada sebarang pertuduhan difailkan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order