Hishamuddin Abdul Karim terima surat tuntutan daripada Afnan Hamimi Taib Azamudden pada Isnin.
PETALING JAYA: Ketua penerangan Bersatu Melaka memaklumkan beliau telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada ketua Pemuda PAS, berhubung kenyataan yang didakwa tidak beradab.
Hishamuddin Abdul Karim memberitahu FMT bahawa LOD daripada Afnan Hamimi Taib Azamudden itu diterima pada Isnin.
“Kandungan surat tersebut sedang saya teliti dengan sewajarnya dan sebarang maklum balas akan diberikan secara profesional dalam tempoh yang ditetapkan serta melalui saluran yang lebih rasmi, profesional serta mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Afnan memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hishamuddin berhubung suatu kenyataan di Facebook, yang antara lain menyebut nama bapa Afnan, iaitu Taib Azamudden Md Taib, bekas imam besar masjid negara.
Hishammuddin kemudian menurunkan kenyataan tersebut. “Saya juga telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka sebagai tanda tanggungjawab dan itikad baik,” katanya.
![[DECODED] Why AI is no match for human creativity](https://www.rappler.com/tachyon/2026/06/gmc8kkwbiqq.jpg)

