Onn Hafiz Ghazi berkata, pentadbiran negeri sentiasa terbuka terima pandangan dan bantuan daripada Putrajaya, namun pada masa sama perlu berpegang pada prinsip.Onn Hafiz Ghazi berkata, pentadbiran negeri sentiasa terbuka terima pandangan dan bantuan daripada Putrajaya, namun pada masa sama perlu berpegang pada prinsip.

‘Tak pernah sombong’, MB Johor tegas negeri sentiasa lengkapi usaha persekutuan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Onn Hafiz GhaziMB Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara lebih utama bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor dapat manfaat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menegaskan kerajaan negeri tidak pernah bersikap sombong untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya sentiasa melengkapi usaha pelbagai kementerian demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, pentadbiran negeri sentiasa terbuka menerima pandangan dan bantuan daripada Putrajaya, namun pada masa sama perlu berpegang pada prinsip, amanah serta tanggungjawab terhadap institusi diraja dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Kami tidak pernah sombong untuk bekerjasama dan tidak pernah angkuh untuk menerima pandangan atau bantuan. Namun, kami mempunyai prinsip, amanah dan tanggungjawab kepada institusi diraja serta kesejahteraan rakyat Johor yang mesti dipelihara.

“Malah, dalam banyak perkara, kerajaan negeri turut membantu melengkapi usaha kementerian-kementerian persekutuan demi kepentingan rakyat Johor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar rakyat Johor memilih kepimpinan negeri yang bijak dan tidak sombong serta sealiran dengan Putrajaya bagi membolehkan suatu dasar dilaksanakan dengan mudah.

Dalam ucapannya ketika ceramah Pakatan Harapan (PH) di Bakri, Muar, Anwar yang juga pengerusi PH berkata, ciri kepemimpinan seumpama itu amat penting bagi membolehkan keputusan yang berani dibuat.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz menyenaraikan pelbagai bentuk kerjasama kerajaan negeri dengan agensi persekutuan, termasuk bantuan tahunan kepada sekolah dan bilik guru, walaupun sector pendidikan merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut membantu operasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), IPD serta kem tentera, walaupun perkara itu terletak di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Bantuan turut disalurkan kepada hospital, klinik dan kemudahan kesihatan awam, yang merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan, tambahnya.

“Kami berbuat demikian kerana bagi kerajaan negeri, yang lebih utama bukanlah kementerian atau kerajaan mana yang bertanggungjawab, tetapi sama ada rakyat Johor mendapat manfaat.

“Bukanlah niat saya untuk mengungkit atau berbangga dengan perkara ini. Tetapi saya dengan rendah hati ingin bertanya, dalam perkara apakah kerajaan Johor dikatakan tidak memberikan kerjasama, tidak menyokong atau tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan?” soalnya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel