Gempa bumi bermagnitud 7.8 itu melanda kawasan luar pantai Mindanao awal minggu ini.Gempa bumi bermagnitud 7.8 itu melanda kawasan luar pantai Mindanao awal minggu ini.

Angka korban gempa kuat di Filipina kini 61

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Helikopter Pengawal Pantai Filipina (Gambar EPA Images) 13626Helikopter Pengawal Pantai Filipina digunakan untuk menghantar bantuan kepada penduduk di wilayah Sarangani, selatan Filipina yang terjejas akibat gempa bumi. (Gambar EPA Images)

ISTANBUL: Angka korban akibat gempa kuat yang melanda selatan Filipina awal minggu ini meningkat kepada 61 orang, menurut pihak berkuasa pada Sabtu ketika pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi di kawasan paling teruk terjejas di Mindanao, lapor Anadolu Ajansi.

Pejabat Pertahanan Awam memaklumkan jumlah kematian meningkat selepas lebih banyak mayat ditemui di kawasan terjejas.

Penyiar GMA News melaporkan 33 orang masih hilang, manakala 1,221 lagi cedera.

Pihak berkuasa memaklumkan operasi SAR diteruskan ketika pasukan kecemasan terus mencari mangsa terselamat serta mengeluarkan mangsa terperangkap daripada tanah runtuh dan struktur runtuh.

Menurut Pusat Pemantauan dan Maklumat Operasi Respons Bencana, gempa bumi itu menjejaskan 553,068 penduduk di wilayah Mindanao.

Philippine Daily Inquirer melaporkan kira-kira 9,393 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara, manakala 54,274 lagi mendapatkan perlindungan sementara bersama saudara dan rakan di luar pusat pemindahan rasmi.

Penilaian awal kerosakan menunjukkan 8,865 rumah musnah, manakala 36,691 lagi mengalami kerosakan separa.

Usaha menyelamat terjejas akibat gegaran susulan, bangunan tidak stabil dan jalan raya rosak, sekali gus menyukarkan petugas bantuan sampai ke beberapa komuniti terjejas.

Gempa bumi bermagnitud 7.8 itu melanda kawasan luar pantai Mindanao awal minggu ini, mencetuskan panik meluas serta menyebabkan kerosakan besar pada rumah, sekolah, hospital dan infrastruktur awam.

General Santos City dan beberapa kawasan di wilayah Sarangani antara kawasan paling teruk terjejas, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengisytiharkan darurat bencana bagi mempercepatkan usaha bantuan dan pemulihan.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage