Perempuan berusia 12 tahun didakwa alami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang pinggang, sebelum didiagnosis mengalami gangguan fungsi serta PTSD.Perempuan berusia 12 tahun didakwa alami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang pinggang, sebelum didiagnosis mengalami gangguan fungsi serta PTSD.

Kanak-kanak tidak dapat ke sekolah selepas kejadian tarik kerusi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
murid lumpuhNorasikin Hasin kata anaknya tidak dapat bergerak aktif seperti biasa, tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama.

PADANG BESAR: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun didakwa mengalami kecederaan sehingga membataskan pergerakan, menyebabkan tidak dapat hadir ke sekolah hampir empat bulan selepas dipercayai terjatuh akibat kerusi yang ingin diduduki disyaki ditarik oleh rakan sekelas pada Februari lepas.

Ibu kepada perempuan itu, Norasikin Hasin, 32, mendakwa anak sulung daripada dua beradik itu mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian belakang pinggang, sebelum didiagnosis mengalami gangguan fungsi serta gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) susulan kejadian pada 11 Feb itu.

Beliau berkata kejadian berlaku ketika sesi pengajaran dan pembelajaran apabila anaknya ingin duduk setelah memberikan salam kepada guru, sebelum terjatuh ke lantai selepas kerusi dipercayai ditarik oleh seorang rakan perempuan.

“Anak saya mula mengadu sakit belakang selepas pulang dari asrama pada 13 Feb untuk cuti sekolah bagi menyambut Ramadan dan saya tahu mengenai kejadian menimpa anak saya ketika saya membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk mendapatkan rawatan.

“Sejak itu, anak saya beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana sakit berterusan dan mengalami kebas badan. Hingga kini, dia masih dapat cuti sakit. Sekarang, anak saya tidak dapat bergerak aktif seperti biasa, tidak boleh berdiri atau duduk terlalu lama selain pelajarannya turut terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Chuping.

Norasikin mendakwa perubahan emosi anaknya semakin ketara selepas kejadian itu, termasuk kerap termenung, menangis secara tiba-tiba dan meracau tidak tentu masa serta meluahkan perasaannya menerusi catatan dan lukisan dalam sebuah buku.

“Menerusi catatan dalam buku seperti diari ini banyak isi hati anak saya luahkan, menggambarkan kawan-kawan tidak mahu berkawan dengannya, kawannya suruh dia buat kerja sekolah dan paling saya sedih lukisannya menunjukkan ada seorang individu berada di hujung tebing tinggi menghadap bulan seolah-olah menggambarkan tekanan dialami sudah berpenghujung,” katanya.

Norasikin berharap pihak berwajib dapat membantu mendapatkan keadilan untuk anaknya yang disifatkan mempunyai potensi dalam akademik.

Ketua Polis Padang Besar, Shokri Abdullah, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage