Menteri dalam negeri berkata setiap pemeriksaan tubuh tahanan wajib mematuhi Kanun Tatacara Jenayah dan dilakukan secara beretika.Menteri dalam negeri berkata setiap pemeriksaan tubuh tahanan wajib mematuhi Kanun Tatacara Jenayah dan dilakukan secara beretika.

Polis tak amal bogel tahanan di lokap, kata menteri

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
jail prisonMekanisme pemeriksaan lokap kini dilaksanakan secara komprehensif bagi memastikan ketelusan di lapangan dan mengelakkan sebarang salah guna kuasa. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Polis tidak pernah membiarkan amalan membogelkan tahanan khususnya di dalam lokap, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, setiap agensi penguat kuasa yang melakukan tangkapan wajib mematuhi Seksyen 20A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Jadual Keempat Akta 593 turut memperuntukkan dengan jelas tatacara yang perlu dipatuhi semasa menjalankan tangkapan, termasuk prosedur pemeriksaan tubuh terhadap orang ditangkap,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai tindakan diambil berkenaan amalan membogelkan tahanan polis yang masih berterusan sehingga kini seperti didakwa dialami aktivis Tamim Dahri.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata undang-undang menetapkan empat jenis pemeriksaan tubuh yang dibenarkan mengikut situasi tertentu iaitu pemeriksaan tepuk turun, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan intim, dan pemeriksaan intrusif.

Katanya, semua urusan pemeriksaan badan serta penukaran pakaian tahanan dilaksanakan secara beretika berlandaskan Kaedah-kaedah Lokap 1953 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A118.

“Prosedur ini kritikal bagi mengesan dan menyekat cubaan menyeludup barangan terlarang berbahaya seperti senjata tajam, dadah, tali atau pemetik api demi melindungi nyawa tahanan daripada risiko kecederaan atau bunuh diri,” katanya.

Menurutnya, mekanisme pemeriksaan lokap kini dilaksanakan secara komprehensif bagi memastikan ketelusan di lapangan dan mengelakkan sebarang salah guna kuasa.

“Sebagai langkah pembuktian pematuhan tugas, kerajaan mempertingkatkan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan koridor, pintu masuk, dan laluan utama lokap.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM juga bertindak sebagai badan pemantau dalaman dengan menjalankan pemeriksaan mengejut secara konsisten di seluruh negara bagi memastikan pematuhan penuh anggota,” katanya.

Februari lalu, media melaporkan Tamim mendakwa beliau bersama tiga rakannya dilayan kasar seumpama ‘binatang’ dan diarah membogelkan diri di hadapan anggota bertugas sepanjang tempoh penahanan.

Sebelum ini, kumpulan aktivis terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung kerja pembersihan tanah yang dijalankan di sebuah kuil di Taman Rawang Perdana.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002521
$0.00002521$0.00002521
-1.09%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs