Operasi di Bukit Tengah, Pulau Pinang membongkar premis disyaki menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik secara haram.Operasi di Bukit Tengah, Pulau Pinang membongkar premis disyaki menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik secara haram.

Polis rampas e-waste jutaan ringgit, tahan 11 warga asing

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Polis berkata premis yang diserbu dipercayai beroperasi sebagai stor penyimpanan dan pemprosesan e-waste tanpa lesen sah. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis merampas sisa elektronik (e-waste) dianggarkan bernilai jutaan ringgit dan menahan 11 warga asing selepas membongkar sebuah premis disyaki menjalankan aktiviti penyimpanan serta pemprosesan secara haram di Bukit Tengah, Pulau Pinang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Norazizi Saad, berkata serbuan menerusi Op Hazard kira-kira 11.55 pagi dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Katanya, premis di Lorong Pengkalan Indah itu dipercayai beroperasi sebagai stor penyimpanan dan pemprosesan e-waste tanpa lesen yang sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menyimpan 80 blok padat sisa elektronik (e-waste pressed blocks) serta lapan beg jumbo mengandungi komponen komputer dan ‘motherboard’.

“Sampel bahan berkenaan telah diambil oleh JAS bagi tujuan analisis dan pengesahan di bawah Kod Buangan Terjadual,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat oleh JAS mengikut Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, manakala MBSP turut mengeluarkan dua kompaun terhadap premis itu kerana menjalankan aktiviti penyimpanan tanpa lesen yang sah.

Norazizi berkata, polis turut menahan 11 warga asing berusia antara 26 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati 10 individu disyaki melakukan kesalahan melanggar syarat pas, manakala seorang lagi disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan direman 14 hari bermula hari ini hingga 20 Julai bagi membantu siasatan lanjut.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs