Hanya 3.44% pelajar prasiswazah di universiti awam ialah pelajar antarabangsa, manakala majoriti mereka berada di peringkat pascasiswazah.Hanya 3.44% pelajar prasiswazah di universiti awam ialah pelajar antarabangsa, manakala majoriti mereka berada di peringkat pascasiswazah.

Pelajar asing tak rampas tempat anak tempatan, KPT jawab Haim

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
universitiData menunjukkan kehadiran pelajar antabangsa bukannya bersaing mendapat tempat bagi penuntut tempatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menolak dakwaan kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti awam mengurangkan peluang pelajar tempatan melanjutkan pengajian.

Kementerian itu dalam kenyataan menegaskan dakwaan Adun Jitra Haim Abdullah itu sebagai tidak berasas dan mengelirukan kerana gagal menggambarkan realiti sebenar.

Menurutnya, tindakan Haim menggabungkan kemasukan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah mewujudkan persepsi yang pelajar antarabangsa telah ‘mengambil tempat’ penuntut tempatan adlah gambaran tidak tepat serta mengelirukan.

KPT menjelaskan data rasmi menerusi sistem MyMoheS sehingga 31 Dis 2025 menunjukkan jumlah keseluruhan enrolmen di universiti awam ialah 634,706 pelajar.

Daripada jumlah itu, pelajar antarabangsa hanya 56,565 orang atau 8.9% daripada keseluruhan enrolmen.

“Data ini dengan jelas menunjukkan majoriti pelajar antarabangsa berada di peringkat pascasiswazah, bukannya bersaing mendapatkan tempat bersama lepasan SPM, STPM, matrikulasi atau diploma yang memohon ke program prasiswazah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut KPT, daripada 520,105 pelajar prasiswazah di universiti awam, 502,212 orang atau 96.56% ialah pelajar Malaysia.

Pelajar antarabangsa di peringkat itu pula hanya 17,893 orang atau 3.44%.

KPT berkata, kemasukan pelajar antarabangsa bagi program prasiswazah dibuat berdasarkan prinsip “over and above”, iaitu selepas kuota arus perdana melalui UPUOnline dipenuhi terlebih dahulu.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan program pascasiswazah seperti sarjana dan doktor falsafah yang terbuka kepada pelajar tempatan serta antarabangsa berdasarkan kelayakan akademik dan kapasiti penyelidikan universiti.

KPT turut menegaskan pelajar antarabangsa membayar yuran penuh tanpa menerima subsidi kerajaan, selain perlu memenuhi syarat akademik serta proses saringan universiti.

Katanya, kehadiran mereka turut membantu mengukuhkan kewangan universiti, menambah baik kemudahan pembelajaran dan penyelidikan, serta meningkatkan kedudukan universiti Malaysia dalam penarafan dunia.

Mengulas dakwaan berkait lima universiti penyelidikan, iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia, KPT berkata jumlah enrolmen di universiti berkenaan ialah 186,824 orang.

Daripada jumlah itu, 145,727 orang atau 78% ialah pelajar tempatan, manakala 41,097 orang atau 22% ialah pelajar antarabangsa.

KPT berkata, 28,135 daripada pelajar antarabangsa itu, atau 68.5%, berada di peringkat pascasiswazah.

Katanya, kehadiran pelajar antarabangsa di universiti penyelidikan adalah sebahagian daripada keperluan strategik untuk mengukuhkan penyelidikan, inovasi, penerbitan ilmiah dan jaringan akademik antarabangsa.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs