Presiden Bersatu itu berkata jumlah 33 kerusi ditandingi PN tidak boleh dijadikan ukuran kerana gabungan itu turut mempunyai rakan lain dalam pakatan pilihan rayaPresiden Bersatu itu berkata jumlah 33 kerusi ditandingi PN tidak boleh dijadikan ukuran kerana gabungan itu turut mempunyai rakan lain dalam pakatan pilihan raya

Muhyiddin yakin PN tetap ada peluang bentuk kerajaan

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
PN bertanding 33 kerusi pada PRN Johor dengan pecahan Bersatu (16), PAS (11), MIPP (5) dan Pejuang (1). (Gambar Bernama)

PAGOH: Presiden Bersatu Muhyiddn Yassin tetap yakin Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang membentuk kerajaan walaupun hanya bertanding 33 kerusi pada PRN Johor dan sasaran rakannnya PAS mahu menjadi pembangkang.

Timbalan pengerusi PN itu berkata jumlah kerusi ditandingi bukan satu-satunya ukuran kerana keputusan akhir tetap bergantung kepada pilihan rakyat.

Katanya, PN juga mempunyai rakan lain yang boleh bersama gabungan itu dalam pakatan pilihan raya, termasuk Muda.

“Soal jumlah itu satu hal… ia sudah mencecah separuh daripada jumlah diperlukan untuk membentuk kerajaan dan ada juga rakan lain yang sanggup bersama dalam pakatan pilihan raya, contohnya Muda,” katanya selepas mengiringi calon PN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal ke pusat penamaan calon.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros bahawa PN tidak menunjukkan hasrat realistik untuk membentuk kerajaan negeri kerana hanya bertanding di 33 kerusi.

Untuk membentuk kerajaan Johor, mana-mana parti atau gabungan memerlukan majoriti mudah sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi DUN.

Presiden PAS Hadi Awang pula dilaporkan berkata parti itu bersedia menjadi pembangkang dan penasihat di Johor selepas PRN.

PN bertanding 33 kerusi dengan Bersatu 16, PAS (11), MIPP (5) dan Pejuang (1).

Gabungan itu menyertai PRN Johor ketika PN sedang dilanda krisis selepas PAS menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Mengulas keputusan Bersatu tidak mempertahankan kerusi Endau yang dimenangi sebelum ini, Muhyiddin berkata parti itu membuat penilaian semula selepas penyandang kerusi berkenaan Alwiyah Talib menyertai parti lain.

“Sewajarnya kawasan itu ditandingi calon lama kita, tapi calon lama sudah hijrah ke parti lain.

“Kita kena buat penilaian balik. Kalau masuk orang baharu, apakah boleh menang atau tidak,” katanya.

Alawiyah keluar Bersatu pada 4 Jun dan menyertai BN sebelum dipilih sebagai calon di kawasan itu.

시장 기회
카다노 로고
카다노 가격(ADA)
$0.1478
$0.1478$0.1478
-0.26%
USD
카다노 (ADA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order