Ketua Penerangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pihaknya mahu tumpu usaha bela rakyat.Ketua Penerangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pihaknya mahu tumpu usaha bela rakyat.

Wawasan enggan layan polemik Bersatu, pertahan penyertaan dalam PN

2026/06/25 16:16
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
wan ahmad faysalWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata parti itu tidak berhasrat melayan isu sengaja dicipta Bersatu untuk mengalihkan perhatian daripada perjuangan sebenar. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara (Wawasan) enggan melayan polemik dibangkitkan Bersatu berhubung penyertaannya dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mahu menumpukan usaha membela rakyat.

Ketua Penerangan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata parti itu tidak berhasrat melayan isu yang didakwanya sengaja dicipta untuk mengalihkan perhatian daripada perjuangan sebenar.

“Yang lebih penting ialah bagaimana kita bersama membina Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Bersatu membantah kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM) ke dalam PN, dengan Naib Presidennya Ahmad Faizal Azumu mendakwa permohonan parti itu tidak teratur dan boleh menambah masalah dalaman gabungan berkenaan.

PCM kini dikenali Wawasan selepas dijenamakan semula yang menurut Presiden Hamzah Zainudin diluluskan pada mesyuarat khas perwakilan, Sabtu lalu.

Mengulas persoalan teknikal mengenai kedudukan parti itu, Wan Fayhsal berkata mesyuarat khas perwakilan PCM itu dilaksanakan secara tertib dan mengikut sepenuhnya lunas perundangan berkuat kuasa.

Katanya, mesyuarat itu sebulat suara bersetuju menamakan semula PCM sebagai Parti Wawasan Negara, yang mencerminkan semangat baharu, visi lebih luas, serta komitmen terhadap perpaduan rakyat Malaysia.

Beliau berkata Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan keputusan dalaman sesebuah pertubuhan berdaftar adalah muktamad, termasuk pelantikan pemegang jawatan dan keputusan berkaitan perlembagaan parti.

“Peranan ROS pula adalah mengemas kini daftar pertubuhan, bukan mempertikai atau membatalkan keputusan yang dibuat secara sah mengikut perlembagaan parti,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order