Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyertai kursus berkenaan bermula 7 hingga semalam.Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyertai kursus berkenaan bermula 7 hingga semalam.

Puteri kedua Raja Muda Perlis tamat Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela TDM

2026/06/21 17:39
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Sharifah Farah Adriana Jamalullail ketika menjalani latihan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Tentera Darat Malaysia yang berlangsung dari 7 hingga 20 Jun di kawasan hutan Pauh Putra, Perlis. (Gambar Istana Arau)

PETALING JAYA: Anakanda kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berjaya menamatkan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Tentera Darat Malaysia di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berakhir semalam.

Sharifah Farah Adriana, 25, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) University di Melbourne, Australia menyertai kursus terbabit yang diadakan bermula 7 Jun lalu.

Beliau turut memiliki Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa dari Monash University Malaysia.

Kejayaannya menamatkan kursus berkenaan membuktikan tanggungjawab mempertahankan negara adalah amanah dikongsi bersama seluruh rakyat.

Selain itu, pembabitan institusi diraja memperkukuh mesej bahawa semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air wajar disemai serta diperkasakan merentasi setiap lapisan masyarakat.

Terdahulu, Majlis Perbarisan Penutup Kursus Asas tersebut disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis TuankuLailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda bertitah, Rejimen Askar Wataniah akan terus mengekalkan peranan tugas iaitu dalam merekrut, melatih dan mengekalkan anggota yang berkeupayaan serta bersedia untuk mempertahankan negara.

Titahnya, dalam konsep mobilisasi, merekrut bukan sekadar menambah bilangan tetapi memastikan sumber manusia yang tepat bersedia untuk diserap.

“Melatih menuntut kualiti latihan yang membolehkan mereka beroperasi secara integrasi dengan Angkatan Tetap manakala mengekalkan pula memastikan kesediaan mereka sentiasa terpelihara bagi penambahan kekuatan bila-bila masa,” titahnya.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, usaha itu adalah kunci utama kekuatan Tentera Darat dalam menghadapi sebarang cabaran keselamatan.

“Oleh itu, dalam usaha memperkasakan lagi Askar Wataniah, usaha promosi akan terus dipergiat dan dipantau secara berterusan untuk menarik lebih banyak penyertaan daripada golongan muda yang sihat serta memenuhi semua keperluan minima yang ditetapkan untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi,” titahnya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order