DBKL berkata siasatan awal dan pemantauan di lokasi telah dijalankan susulan kejadian itu bagi mengenal pasti punca sebenar.DBKL berkata siasatan awal dan pemantauan di lokasi telah dijalankan susulan kejadian itu bagi mengenal pasti punca sebenar.

Hujan lebat dipercayai punca ribuan ikan mati di Tasik Taman Danau Kota

2026/06/17 13:37
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
ikan mati tasik danau kotaKejadian ikan mati di Tasik Taman Danau Kota dikongsi warganet di media sosial, yang didakwa berlaku beberapa hari lalu.

PETALING JAYA: Penemuan ribuan ikan mati di Tasik Taman Danau Kota dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan yang menjejaskan kualiti air dan kandungan oksigen terlarut dalam tasik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, siasatan awal dan pemantauan di lokasi telah dijalankan susulan kejadian itu bagi mengenal pasti punca sebenar serta tindakan susulan yang perlu diambil.

Ia menjelaskan, tasik terbabit bukan hanya berfungsi sebagai taman rekreasi awam, malah turut bertindak sebagai kolam takungan banjir.

“Kejadian ikan mati seperti ini pernah berlaku di beberapa tasik dan kolam takungan banjir sekitar Kuala Lumpur, khususnya selepas hujan lebat berterusan.

“Air yang mengalir masuk ke tasik daripada kawasan tadahan sekitarnya lazimnya membawa sedimen, bahan organik, sampah dan bahan pencemar melalui sistem saliran sebelum memasuki tasik,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, faktor berkenaan boleh memberi tekanan kepada hidupan akuatik dan menjejaskan kelangsungan hidup ikan.

Semalam, media melaporkan ribuan bangkai ikan terapung di permukaan air Taman Tasik Danau Kota di sini menyebabkan bau busuk serta mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap kualiti air di tasik berkenaan.

Kejadian itu dikongsi warganet yang mendakwa ia berlaku sejak beberapa hari lalu, malah ada di antara mereka berkata aduan telah dibuat kepada DBKL.

Mengulas lanjut, DBKL berkata kejadian sama pernah berlaku di beberapa tasik dan kolam takungan banjir di sekitar Kuala Lumpur, khususnya selepas episod hujan lebat berpanjangan.

Menurutnya, ia telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan kerja pembersihan ikan mati bagi mengelakkan pencemaran air lebih serius, selain mengurangkan risiko kepada kesihatan awam dan memastikan keselesaan pengunjung.

“Perangkap sampah turut dipasang di saluran masuk tasik bagi mengawal kemasukan sampah terapung dan bahan pencemar.

“Pensampelan air telah dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan pada 16 Jun bagi tujuan analisis kualiti air dan mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kejadian tersebut.

“DBKL akan terus memantau keadaan tasik serta melaksanakan tindakan yang bersesuaian bagi memastikan kawasan rekreasi ini kekal selamat, bersih dan selesa untuk kegunaan warga kota,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel