Raja Perlis bertitah baginda percaya usaha membina modal insan berkualiti harus berteraskan ilmu, adab dan nilai-nilai Islam sebenar.Raja Perlis bertitah baginda percaya usaha membina modal insan berkualiti harus berteraskan ilmu, adab dan nilai-nilai Islam sebenar.

Institusi pendidikan Islam Perlis perlu terus diperkasa

2026/06/17 12:07
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis pic 17626Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Dewan Filantropi Islam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Al-MadrasahAd-Diniah Al-Islamiah. (Gambar Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis)

ARAU: Institusi pendidikan Islam perlu terus diperkasa supaya mampu melahirkan generasi seimbang dari sudut intelektual, rohani dan akhlak dalam dunia yang semakin mencabar pada masa kini.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bertitah baginda percaya usaha membina modal insan berkualiti harus berteraskan ilmu, adab dan nilai-nilai Islam sebenar.

“Saya menyeru seluruh lapisan masyarakat agar terus berganding bahu menyokong pembangunan pendidikan Islam demi masa depan anak-anak serta kesejahteraan negeri yang kita kasihi ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Dewan Filantropi Islam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), semalam.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya diukur melalui pembangunan infrastruktur dan ekonomi semata-mata tetapi turut bergantung kepada kekuatan ilmu, keutuhan akhlak dan perpaduan rakyatnya.

“Justeru, saya berharap agar Madi akan terus menjadi pusat kecemerlangan ilmu serta wadah penyatuan masyarakat dalam membentuk generasi muda yang mencintai agama, bangsa dan tanah air,” titah baginda.

Sementara itu, Raja Perlis bertitah perasmian dewan baharu itu bukan sekadar simbol pembangunan fizikal malah mencerminkan iltizam serta kesungguhan semua pihak dalam menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti demi manfaat warga Madi.

“Saya berharap agar kemudahan yang dibangunkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi pelaksanaan program ilmu, pembangunan insan dan aktiviti kemasyarakatan yang mampu memperkukuh ukhuwah serta menyemarakkan syiar Islam di negeri Perlis,” titah baginda.

Pada majlis perasmian itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menyempurnakan simbolik pengurniaan sumbangan peruntukan daripada MAIPs kepada institusi pendidikan Islam negeri Perlis bagi tahun ini berjumlah RM6,203,500.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel