Timbalan Ketua Polis Kedah, Baderulhisham Baharudin berkata siasatan menyeluruh akan dibuat termasuk terhadap prosedur operasi standard.Timbalan Ketua Polis Kedah, Baderulhisham Baharudin berkata siasatan menyeluruh akan dibuat termasuk terhadap prosedur operasi standard.

Polis rakam keterangan 7 individu berkait kes 2 askar maut

2026/06/16 23:01
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Timbalan Ketua Polis Kedah, Baderulhisham Baharudin berkata beberapa saksi lain akan dipanggil untuk dirakam keterangan berkait kejadian tersebut. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Polis setakat ini merakam keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan insiden letupan yang menyebabkan dua anggota tentera maut semasa menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Baderulhisham Baharudin berkata pihaknya akan turut mengambil keterangan saksi lain yang berada di lokasi kejadian, yang melibatkan jurulatih, rakan selatihan dan pegawai lapang sasar yang turut mengikuti latihan berkenaan.

“Esok kita akan sambung lagi untuk dapatkan keterangan saksi lain bagi membantu siasatan kes berkenaan…peserta yang terlibat dalam latihan dan mereka yang berada di tempat kejadian, termasuk penyelia dan sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian.

“Kedua-dua jenazah berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kita harap ia dapat diselesaikan malam ini juga,” katanya pada sidang media di IPK Kedah.

Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Setakat ini, dapatan kita tidak ada ‘foulplay’ tetapi siasatan menyeluruh (akan dibuat) termasuk terhadap prosedur operasi standard.

“Dalam masa sama, saya juga ingin memohon orang ramai tidak menularkan gambar-gambar kejadian bagi menghormati mangsa dan keluarga mangsa. Ini juga bagi memberi ruang kepada pihak polis dan tentera untuk menjalankan siasatan secara terperinci, dan jangan buat sebarang spekulasi berkaitan kes,” katanya.

Terdahulu, Tentera Darat mengesahkan berlaku satu insiden semasa latihan membaling grenad dalam latihan peningkatan tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Kem Hobart, Gurun, kira-kira 10.57 pagi tadi.

Dua anggota yang terlibat iaitu Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama RAJD, mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.

Kedua-dua anggota dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut, bagaimanapun, disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

시장 기회
스타 아틀라스 다오 로고
스타 아틀라스 다오 가격(POLIS)
$0.01122
$0.01122$0.01122
-5.55%
USD
스타 아틀라스 다오 (POLIS) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel