Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata memorandum itu akan diperhalusi pada Konvensyen Penggiat Muzik, Ahad ini.Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata memorandum itu akan diperhalusi pada Konvensyen Penggiat Muzik, Ahad ini.

Karyawan akan serah memorandum berkait isu royalti, impak AI

2026/06/16 22:39
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata memorandum itu membabitkan beberapa tuntutan termasuk aspek undang-undang dan bantuan yang boleh dipertimbangkan kerajaan kepada penggiat muzik yang terkesan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Satu memorandum berhubung isu tuntutan royalti dan impak teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap penggiat muzik tempatan akan dikemukakan kepada kerajaan, kata Presiden
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez.

Freddie berkata, memorandum yang membabitkan sokongan lebih 200 penggiat muzik itu akan diperhalusi pada Konvensyen Penggiat Muzik anjuran persatuan itu, Ahad ini, lapor Berita Harian.

Katanya, memorandum itu membabitkan beberapa tuntutan termasuk aspek undang-undang dan bantuan yang boleh dipertimbangkan kerajaan kepada penggiat muzik yang terkesan.

“Selepas konvensyen ini, kita akan gubal usul sedia ada sebelum serahkan memorandum kepada kerajaan. Semua aspek akan dirangkumkan termasuk isu berkaitan AI,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, memorandum itu dijangka diserahkan kepada kerajaan seminggu selepas konvensyen berlangsung.

Beliau berkata, kemunculan AI dalam bidang muzik ketika ini mencetuskan pelbagai perdebatan dan Karyawan berpendapat erlu ada perbincangan khusus untuk mendapatkan peraturan yang jelas mengenai teknologi itu.

Katanya, badan seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) sebelum ini beri penjelasan bahawa karya yang dihasilkan AI tidak diterima langsung manakala ada pihak lain pula percaya sebahagiannya boleh diterima.

“Keadaan itu mengelirukan. Jadi, kita kena cari jalan tengah mengenai apa yang boleh diterima dan apa yang tidak. Kalau karya itu menggunakan AI, kita isytiharkan sahaja sebagai karya AI.

“Perkara sebegini yang kita mahu perjelaskan melalui perbincangan agar mendapat satu keputusan yang tuntas,” katanya.

Konvensyen Penggiat Muzik bakal memberi platform kepada penggiat muzik untuk menyuarakan pandangan dan mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai isu yang masih kabur dan mengelirukankan.

Konvensyen itu akan membariskan ramai panel dalam industri untuk memberi perkongsian mengenai topik seperti royalti, AI, geran, konsert, pendidikan muzik termasuk media sosial dan pemasaran digital.

시장 기회
Gensyn 로고
Gensyn 가격(AI)
$0.02548
$0.02548$0.02548
+1.27%
USD
Gensyn (AI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel