Mat Saair Setapa didenda RM1,000 selepas mengaku salah mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis.Mat Saair Setapa didenda RM1,000 selepas mengaku salah mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis.

Warga emas tampar polis dijel sebulan selepas gagal bayar denda

2026/06/16 20:41
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
GavelMahkamah Majistret Kuala Krai mengarahkan Mat Saair Setapa dihukum penjara sebulan jika gagal bayar denda RM1,000 selepas mengaku salah mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis pada 12 Jun lalu. (Gambar Pexels)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Krai di Kelantan atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anggota polis.

Majistret Amal Razim Alias menjatuhkan hukuman itu ke atas Mat Saair Setapa, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda itu, lapor Bernama.

Bagaimanapun, tertuduh dibawa ke penjara selepas gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mat Saair didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas anggota polis berusia 29 tahun itu dengan menampar pipi kanan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sungai Rek di Kuala Krai, kira-kira 6.30 petang pada 12 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Menurut fakta kes, Mat Saair ditahan selepas menolak anggota polis dari belakang serta menampar pipi kanannya selepas diminta menunjukkan kad pengenalan diri.

시장 기회
스타 아틀라스 다오 로고
스타 아틀라스 다오 가격(POLIS)
$0.01122
$0.01122$0.01122
-5.55%
USD
스타 아틀라스 다오 (POLIS) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel