Polis berkata setakat ini siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut.Polis berkata setakat ini siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut.

Budak lelaki 4 tahun maut jatuh kolam taman tema air

2026/06/16 16:50
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Mohd Hafiz Muhammad NorKetua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam di sebuah taman tema air terkenal di Gamuda Gardens, Sungai Buloh, kelmarin.

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh secara sendiri selepas keluar dari kawasan kolam berkenaan.

“Mangsa kemudiannya ditemukan berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Kanak-kanak itu segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan.

Hafiz berkata, setakat ini polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam insiden berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi berhung kejadian tersebut sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi pegawai penyiasat Muhamad Zul Irfan Omar di talian 017-5393648 atau mana-mana balai polis berhampiran.

시장 기회
4 로고
4 가격(4)
$0.008359
$0.008359$0.008359
-6.53%
USD
4 (4) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel