Onn Hafiz Ghazi berkata sistem pengangkutan awam berkapasiti tinggi dan cekap diperlukan sebaik sahaja RTS Link memulakan operasinya pada 2027.Onn Hafiz Ghazi berkata sistem pengangkutan awam berkapasiti tinggi dan cekap diperlukan sebaik sahaja RTS Link memulakan operasinya pada 2027.

Segerakan projek ART, MB Johor beritahu kerajaan persekutuan

2026/06/16 14:43
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
onnMenteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, berkata beliau dimaklumkan bahawa surat setuju terima bagi projek ART bertingkat di Johor Bahru masih belum dikeluarkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menyeru kerajaan persekutuan menyegerakan projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) bagi penyuraian trafik di Johor Bahru apabila projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link mula beroperasi 1 Jan 2027.

Beliau berkata, langkah jangka pendek dan sederhana sedang dilaksanakan ketika ini termasuk memperluas kemudahan ‘Park and Ride’, melaksanakan pengurusan trafik pintar serta menyusun semula pergerakan bas, teksi, dan e-panggilan di JB Sentral hanya penyelesaian sementara.

“Jadi Yang Berhormat Menteri, ada satu projek yang masih perlu kita berikan tumpuan dan segerakan, iaitu projek E-ART,” katanya menurut Berita Harian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan disempurnakan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, di Stesen Keretapi Kulai.

Onn Hafiz berkata, projek E-ART telah pun dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet pada 2024, namun sehingga kini kerja fizikal belum dimulakan.

Katanya, rakyat Johor masih menantikan garis masa pelaksanaan lebih jelas, khususnya mengenai tarikh projek berkenaan akan dimulakan.

“Persoalannya sekarang, bila projek ini akan dimulakan…orang Johor tertanya-tanya, bilakah kita boleh melakukan lawatan tapak bersama-sama bagi projek ini.

“Setakat saya faham, ‘letter of award’ masih belum dikeluarkan. Sedangkan selepas kerja dimulakan sekalipun, projek ini dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk disiapkan,” katanya.

Beliau berkata, keperluan mempercepat projek berkenaan semakin mendesak memandangkan RTS Link yang menghubungkan Bukit Chagar dengan Woodlands North dijadualkan mula beroperasi awal tahun hadapan.

ART merupakan sistem transit bandar tanpa landasan berkapasiti sederhana yang beroperasi menggunakan tayar getah.

Pada Mac lalu, Onn Hafiz berkata, sistem berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

시장 기회
LiveArt 로고
LiveArt 가격(ART)
$0.0002959
$0.0002959$0.0002959
-1.23%
USD
LiveArt (ART) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel