Projek Air Perak-Pulau Pinang merupakan inisiatif strategik berskala mega melibatkan pemindahan air mentah dan air terawat bagi menampung permintaan air.Projek Air Perak-Pulau Pinang merupakan inisiatif strategik berskala mega melibatkan pemindahan air mentah dan air terawat bagi menampung permintaan air.

Projek Air Perak-P Pinang dijangka meterai minggu depan

2026/06/16 15:35
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Chow Kon YeowKetua Menteri Chow Kon Yeow kata perbincangan mengenai Projek Air Perak-Pulau Pinang memasuki fasa akhir.

GEORGE TOWN: Rundingan dan perbincangan mengenai Projek Air Perak-Pulau Pinang memasuki fasa akhir dengan perjanjian antara kedua-dua pihak dijangka dimeterai pada penghujung minggu depan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata majlis menandatangani perjanjian itu dijangka berlangsung di Ipoh, Perak namun tertakluk kepada pemuktamadan beberapa perkara teknikal yang sedang diperhalusi oleh pakar dan pegawai daripada kedua-dua pihak.

“Pelbagai aspek teknikal masih diperhalusi oleh pakar dan pegawai kedua-dua pihak bagi memastikan setiap terma dalam perjanjian dipersetujui bersama.

“Semua dibincangkan (termasuk harga), cuma apabila kita meneliti perjanjian, ada banyak bahasa teknikal, pakar dan sebagainya untuk dihalusi serta dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Perkara sedemikian yang kita lihat sebelum ia ditandatangani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-26 PBA Holdings Bhd.

Projek Air Perak-Pulau Pinang merupakan inisiatif strategik berskala mega yang melibatkan pemindahan air mentah dan air terawat bagi menampung permintaan air di utara Semenanjung selain bermatlamat untuk menyokong keperluan domestik serta perindustrian di Pulau Pinang.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan projek pemulihan tapak pelupusan sampah di Jelutong dan projek tambakan laut di Persiaran Karpal Singh, Chow berkata keputusan akan diumumkan selepas menerima maklum balas daripada syarikat konsesi terhadap cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Beliau berkata pandangan penduduk setempat yang membantah projek berkenaan turut diambil kira dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan syarikat terbabit.

시장 기회
MegaETH 로고
MegaETH 가격(MEGA)
$0.05688
$0.05688$0.05688
+0.37%
USD
MegaETH (MEGA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel