Naib Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah dakwa perkara itu dipersetujui dengan rakan komponen termasuk Amanah yang sebelum ini turut menuntut kerusi terbabit.Naib Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah dakwa perkara itu dipersetujui dengan rakan komponen termasuk Amanah yang sebelum ini turut menuntut kerusi terbabit.

PRN Johor: PKR akan wakili PH di Puteri Wangsa, kata pemimpin

2026/06/16 11:41
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
YB Jimmy Puah Wee TseJimmy Puah berkata PKR akan berusaha merampas kerusi itu daripada Muda.

PETALING JAYA: PKR akan mewakili Pakatan Harapan (PH) di DUN Puteri Wangsa pada PRN Johor 11 Julai depan, iaitu kerusi diberi laluan oleh gabungan itu kepada Muda, empat tahun lalu.

Bercakap kepada FMT, Naib Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah mendakwa perkara itu telah dipersetujui dengan rakan komponen termasuk Amanah yang sebelum ini turut menuntut kerusi terbabit.

Sebelum ini Amanah memaklumkan parti itu mahu mengambil balik kerusi berkenaan yang ‘dipinjamkan’ kepada Muda berikutan tiada lagi kerjasama parti itu dengan PH.

“Saya boleh sahkan DUN Puteri Wangsa akan ditandingi PKR.

“Calon kita akan dipertaruhkan pastinya yang boleh menang,” kata Ahli Parlimen Tebrau itu.

Difahamkan, Amanah akan bertanding di kerusi Larkin yang pada PRN 2022 ditandingi PKR.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata setakat ini belum ada keputusan muktamad mengenai pengagihan dua kerusi terbabit.

Pada PRN Johor 2022, Muda menerusi Amira Aisya Abd Aziz menang di Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi.

Sementara itu, BN menguasai DUN Larkin selepas calonnya Hairi Mad Shah menang dengan majoriti 6,178 undi.

Penamaan calon PRN Johor akan berlangsung 27 Jun depan dengan undi awal ditetapkan 7 Jul diikuti pengundian empat hari kemudiannya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002805
$0.00002805$0.00002805
-4.13%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel