Malaysia Rail Link Sdn Bhd menegaskan maklumat tular di media sosial hanyalah spekulasi dan pihaknya masih memperhalusi kadar tambang sebenar.Malaysia Rail Link Sdn Bhd menegaskan maklumat tular di media sosial hanyalah spekulasi dan pihaknya masih memperhalusi kadar tambang sebenar.

Kadar tambang ECRL belum muktamad, kata MRL

2026/06/16 10:33
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Jajaran ECRL sepanjang 665 km akan merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat Semenanjung. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum diumumkan secara rasmi dan maklumat yang sedang tular di media sosial hanyalah spekulasi.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menegaskan kadar tambang sebenar masih diperhalusi bersama pihak berkepentingan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) bagi memastikan ia berpatutan, kompetitif dan mesra pengguna.

Syarikat itu berkata penetapan kadar tambang turut mengambil kira matlamat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam berkualiti kepada rakyat apabila ECRL mula beroperasi kelak.

“Sebarang kadar tambang yang sedang tular di media sosial hanyalah spekulasi dan tidak mewakili kadar sebenar yang akan dikenakan apabila perkhidmatan ECRL mula beroperasi pada Januari 2027,” katanya dalam kenyataan.

Ia turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian atau kesimpulan berdasarkan maklumat yang tidak disahkan.

Hantaran tular di media sosial sejak semalam berhubung anggaran harga tambang laluan ECRL dari Gombak Ke Kota Bharu.

Sejak semalam tular hantaran berhubung anggaran harga tambang laluan ECRL dari Gombak Ke Kota Bharu.

Dalam pada itu, MRL turut menghargai keterujaan orang ramai terhadap projek rel terbabit dan meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi menerusi saluran komunikasi ECRL, MRL dan Kementerian Pengangkutan.

“Kadar tambang yang ditetapkan nanti akan mengambil kira kepentingan rakyat serta memberikan nilai terbaik kepada pengguna,” katanya.

Jajaran ECRL sepanjang 665 km akan merentasi Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Selangor di Pantai Barat Semenanjung.

Apabila beroperasi kelak, ECRL dijangka memendekkan masa perjalanan antara Kota Bharu dan Gombak kepada kira-kira empat jam berbanding sekitar tujuh jam menggunakan jalan raya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00003055
$0.00003055$0.00003055
0.00%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel