Mazlan Ali berkata kedua-dua parti berisiko menerima kesan jika bergerak tanpa logo PN yang terbukti menguntungkan pada PRU15.Mazlan Ali berkata kedua-dua parti berisiko menerima kesan jika bergerak tanpa logo PN yang terbukti menguntungkan pada PRU15.

PAS, Bersatu berebut kuasa kerana anggap jenama PN masih laku, kata penganalisis

2026/06/16 09:00
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
bendera perikatan nasionalPN meraih 78 kerusi Parlimen pada PRU15 dengan PAS memperoleh 43 manakala Bersatu mendapat 31.

PETALING JAYA: PAS dan Bersatu dilihat cuba menguasai Perikatan Nasional (PN) kerana mahu mengekalkan penggunaan logo gabungan itu pada pilihan raya yang lebih menguntungkan berbanding bertanding panji sendiri, kata penganalisis.

Mazlan Ali berkata, jenama PN dilihat kukuh menerusi kemenangan 74 kerusi pada PRU15 dengan PAS menjadi pemenang terbesar apabila memperoleh 43 Parlimen berbanding 18 sebelumnya, selain membolehkannya menembusi pantai barat.

Mazlan AliMazlan Ali.

Menurut penganalisis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin juga mahu kekal menggunakan logo berkenaan susulan prestasi baik dengan lonjakan daripada 12 kerusi pada PRU14 kepada 31 Parlimen menerusi PRU 2022.

Untuk rekod PAS bertanding bawah logo ‘bulan’ pada PRU14 manakala Bersatu tidak pernah menggunakan panjinya sendiri sejak ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu. Pada 2018, calonnya bertanding bawah tiket PKR sebelum PN.

“Bagi PAS bila guna lambang PN pengundi bukan Melayu tidak akan melihatnya dalam pemahaman tradisional selain hukum hudud yang diperjuangkannya sejak sekian lama.

“Pada saya kedua-duanya akan menerima kesan jika bergerak tanpa PN,” kata Mazlan kepada FMT mengulas pertikaian antara PAS dan Bersatu yang berkisar soal pengasas parti serta kepengerusian PN selepas kerjasama politiknya tamat 8 Jun lalu.

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata pengerusi PN kini disandang Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar selain mendakwa nasib Bersatu pimpinan Muhyiddin dalam PN bakal ditentukan dalam mesyuarat partinya, esok.

Namun, menurutnya penyingkiran parti dalam PN bergantung keputusan suara majoriti anggota komponen dalam gabungan itu yang diturut dianggotai Gerakan serta MIPP.

Kelmarin, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata idea penubuhan PN dicetuskan Muhyiddin selain perlembagaan, logo dan proses pendaftaran gabungan itu digerakkan parti terbabit.

azmi hassanAzmi Hassan.

Beliau juga berpandangan, tidak wajar PAS terus menggunakan jenama PN pada pilihan raya kerana parti itu bertindak bertentangan dengan keputusan serta semangat gabungan berkenaan.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata logo PN mempunyai nilai politik tersendiri kerana berjaya membina identiti sebagai gabungan alternatif kepada kerajaan.

Beliau memberi contoh imej gabungan pelbagai parti memberi daya tarikan kepada PAS dalam meluaskan penyokongnya.

“Faktor itu menjadikan penguasaan terhadap PN semakin penting ketika hubungan PAS dan Bersatu dilihat semakin tegang,” katanya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002843
$0.00002843$0.00002843
+1.53%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel