Bekas pegawai Muhyiddin Yassin berkata tindakan terhadap parti anggota hanya boleh diputuskan majlis presiden sebulat suara.Bekas pegawai Muhyiddin Yassin berkata tindakan terhadap parti anggota hanya boleh diputuskan majlis presiden sebulat suara.

Bersatu tak boleh dipecat sewenang-wenang daripada PN

2026/06/15 21:42
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Marzuki MohamadMarzuki Mohamad berkata jika seorang presiden parti anggota PN tidak setuju maka tiada tindakan boleh diambil. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bersatu tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya daripada Perikatan Nasional kerana tindakan disiplin terhadap parti anggota tertakluk keputusan majlis presiden, kata Marzuki Mohamad.

Bekas pegawai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, Fasal 7A Perlembagaan PN memperuntukkan hanya majlis itu yang dianggotai presiden parti anggota mempunyai kuasa membuat keputusan muktamad berhubung perkara disiplin melibatkan komponen.

“Keputusan majlis presiden pula hendaklah dibuat sebulat suara. Jika seorang presiden tidak setuju, tiada tindakan boleh diambil,” katanya di Facebook.

Marzuki berkata, majlis presiden juga mempunyai kuasa membuat keputusan muktamad mengenai ketetapan kerusi pilihan raya yang dirujuk oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi.

Katanya, keputusan berhubung perkara itu turut perlu dipersetujui sebulat suara oleh majlis presiden.

Menurutnya, tiada mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan PN yang memberikan kuasa mutlak kepada pengerusi gabungan itu untuk menentukan agihan kerusi pilihan raya atau mengeluarkan watikah calon.

“Jadi, Bersatu tidak boleh dipecat daripada PN sewenang-wenangnya. Pengerusi PN juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memberikan watikah calon sesuka hati,” katanya.

Kenyataan Marzuki dibuat selepas Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata terpulang kepada Bersatu sama ada mahu terus kekal atau meninggalkan gabungan itu.

Hadi berkata, PAS sudah membuat keputusan untuk berpisah dengan Bersatu, manakala Samsuri berkata kedudukan parti itu dalam PN akan dibincangkan dalam mesyuarat gabungan akan datang.

Kedua-duanya mengulas perkara itu selepas menghadiri majlis pelancaran Parti Wawasan Negara (Wawasan) diasaskan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.05911
$0.05911$0.05911
+4.01%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel