Pelanggan semua bank di Malaysia boleh membuat pengeluaran tunai tanpa caj RM1 di lebih 14,000 mesin ATM dan SRM seluruh negara.Pelanggan semua bank di Malaysia boleh membuat pengeluaran tunai tanpa caj RM1 di lebih 14,000 mesin ATM dan SRM seluruh negara.

Pengeluaran tunai antara bank di ATM, SRM percuma mulai 1 Julai

2026/06/15 15:02
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
bank atmTiga persatuan perbankan berkata pemansuhan caj pengeluaran tunai antara bank di ATM atau SRM itu bertujuan memastikan akses kepada tunai kekal mudah selain membantu mengurangkan beban kewangan harian rakyat.

PETALING JAYA: Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin smart recycle (SRM) mulai 1 Julai depan.

Dalam kenyataan bersama, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) berkata pengecualian itu terpakai kepada semua ATM dan SRM yang dikendalikan bank di seluruh negara.

Menurut mereka, inisiatif itu membolehkan pemegang kad debit Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM tanpa mengira bank pengeluar kad, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, inklusif dan mampu milik,” menurut kenyataan itu.

Katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai antara bank itu bertujuan memastikan akses kepada tunai kekal mudah, dipercayai dan berpatutan, selain membantu mengurangkan beban kewangan harian rakyat.

Pada masa sama, industri perbankan berkata ia akan terus menggalakkan penggunaan bayaran digital dan tanpa tunai yang selamat, mudah serta lancar sebagai pilihan alternatif untuk transaksi harian.

Katanya, bank komited memberi kebebasan kepada pelanggan memilih kaedah pembayaran yang sesuai dengan keperluan masing-masing, di samping memperkukuh rangkuman kewangan dan pengalaman perbankan di Malaysia.

시장 기회
Lorenzo Protocol 로고
Lorenzo Protocol 가격(BANK)
$0.0409
$0.0409$0.0409
-0.63%
USD
Lorenzo Protocol (BANK) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel