Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menegur Mohd Hisyamuddin Ghazali untuk elak guna kenyataan berbaur 3R.Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menegur Mohd Hisyamuddin Ghazali untuk elak guna kenyataan berbaur 3R.

Elak kenyataan tak sopan, Teo tegur KP J-Kom

2026/06/15 12:12
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Teo Nie Ching bernama pic 7226Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata Ketua Pengarah J-Kom Mohd Hisyamuddin Ghazali dinasihat tidak guna bahasa tidak sopan susulan kenyataan ‘Cina sesat’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohd Hisyamuddin Ghazali dinasihatkan tidak menggunakan bahasa tidak sopan dan mengelak kenyataan berbaur isu bangsa, agama dan raja (3R).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata amalan itu cukup diperlukan dan digalak diberi penekanan setiap masa.

“Saya rasa bahawa dia memang baru dilantik sahaja, tetapi nasihat saya adalah diharap janganlah guna pakai bahasa yang tak sopan dan kita elakkan isu-isu 3R bukan sahaja semasa kempen tetapi sepanjang masa.

“Saya percaya ini adalah satu amalan yang amat-amat diperlukan dan digalakkan,” katanya menurut Harian Metro, di Putrajaya.

Baru-baru ini, Hisyamuddin mengundang kontroversi sejak mengambil alih jawatan itu pada 8 Jun susulan ungkapan ‘Cina sesat’ digunakan terhadap ahli perniagaan Albert Tei dan pempengaruh media sosial, Eric See-To.

Tei mula dikenali umum sebagai individu yang mendakwa dirinya pemberi maklumat berhubung satu perjanjian perlombongan di Sabah, manakala See-To, bekas timbalan pengarah komunikasi Barisan Nasional (BN), merupakan individu di sebalik akaun media sosial Lim Sian See yang menyokong bekas perdana menteri, Najib Razak.

Kelmarin, Hisyamuddin turut dikritik Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Annuar Musa kerana mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman secara melampau dan tidak sepatutnya.

Annuar berkata, sebagai ketua pengarah J-Kom mesti menunjukkan teladan yang baik sebagai seorang penjawat awam.

“Beliau tidak sepatutnya menghina orang lain berdasarkan kaum mereka,” katanya yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia.

시장 기회
커뮤니타스 로고
커뮤니타스 가격(KOM)
$0.00013959
$0.00013959$0.00013959
+0.47%
USD
커뮤니타스 (KOM) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel