Slogan sapu bersih DUN Kedah tidak jauh daripada realiti namun PH masih ada pengaruh selain PAS perlu mencari rakan politik baharu.Slogan sapu bersih DUN Kedah tidak jauh daripada realiti namun PH masih ada pengaruh selain PAS perlu mencari rakan politik baharu.

Impian ’36-0′ Sanusi, tak mustahil kerusi Bersatu ditawan PAS, kata penganalisis

2026/06/15 10:00
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
sanusi norMenteri Besar Sanusi Nor suara keyakinan mampu menang semua 36 kerusi DUN Kedah dengan PAS pada PRN 2023 menguasi 21 kawasan, Bersatu 11, dan Gerakan satu, manakala PH tiga.

PETALING JAYA: Keyakinan Menteri Besar Sanusi Nor bahawa Perikatan Nasional (PN) mahu menyapu bersih 36 DUN Kedah dilihat psikologi politik menyuntik semangat penyokong, termasuk kemungkinan merampas kerusi Bersatu.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata kenyataan Sanusi mempunyai unsur psikologi politik, tetapi ia tidak semestinya jauh daripada realiti meskipun Pakatan Harapan (PH) masih ada pengaruh di Kedah.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

“Mungkin PN tidak akan mencapai kemenangan bersih 36 kerusi. Bagaimanapun, tidak mustahil PAS mampu memenangi kerusi yang kini dipegang Bersatu, malah berpotensi menguasai semua 33 kerusi yang dimiliki PN ketika ini.

“Berdasarkan pemerhatian, populariti PAS khususnya Sanusi semakin meningkat di Kedah. Keputusan PRN 2023 boleh dilihat sebagai permulaan kepada dominasi PAS di negeri itu,” katanya kepada FMT.

Pada pilihan raya lalu, PN Kedah menang 33 daripada 36 DUN dengan PAS menawan 21 kerusi, Bersatu (11), dan Gerakan (1), manakala PH sekadar menang di tiga kawasan.

Syaza berkata demikian ketika mengulas kenyataan Sanusi bahawa PN mampu mencipta kemenangan besar 36-0 di Kedah sebagaimana dicapai PAS Terengganu pada pilihan raya lalu.

Sementara itu, Penganalisis politik Global Asia Consulting, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, berkata slogan ’36-0′ lebih sesuai dilihat sebagai naratif politik menaikkan moral penyokong, berbanding gambaran tepat realiti semasa.

Zaharuddin Sani Ahmad SabriZaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Katanya, kemenangan besar PN pada PRN 2023 berlaku ketika PAS dan Bersatu masih berada dalam satu blok politik kukuh, sedangkan landskap semasa menunjukkan hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sebulu.

“Fakta menunjukkan PAS masih dominan di Kedah. Majoriti boleh dicapai, tetapi ‘clean sweep’ bergantung kepada siapa rakan politik yang akan bersama mereka.”

Zaharuddin berpandangan walaupun dakwaan Sanusi mengenai perpecahan dalam kalangan lawan mempunyai asas tertentu, PN tidak boleh mengabaikan cabaran dalaman sendiri.

“PN sendiri berdepan cabaran dalaman, ketegangan antara PAS dan Bersatu, perebutan pengaruh, serta persoalan siapa yang menjadi wajah utama blok pembangkang.

“Perpecahan dalaman ini boleh melemahkan momentum jika tidak diurus dengan bijak. Dakwaan Sanusi bahawa parti lawan semakin berpecah memang ada asas, tetapi jika PN sendiri retak, kelebihan itu boleh terhakis,” katanya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002816
$0.00002816$0.00002816
+0.57%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel