Penganalisis Hisommudin Bakar dan Mazlan Ali senada kadar keluar mengundi menjadi faktor utama kemenangan PH, BN dan PN di kerusi terbabit.Penganalisis Hisommudin Bakar dan Mazlan Ali senada kadar keluar mengundi menjadi faktor utama kemenangan PH, BN dan PN di kerusi terbabit.

PRN Johor: 7 kerusi marginal cetus saingan panas, penentu kuasa

2026/06/15 08:00
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
prn prk pilihanrayaPenganalisis berkata wujud perbezaan peratusan jumlah keluar mengundi pada PRN Johor 2022 dan PRU15 menyaksikan perubahan pola sokongan.

PETALING JAYA: Penganalisis menyifatkan tujuh DUN marginal dimenangi bawah majoriti 800 undi sebagai kerusi panas yang kemungkinan besar menjadi penentu kuasa pada PRN Johor, 11 Julai depan.

Kerusi itu adalah Bukit Batu (PH menang majoriti 137 pada PRN 2022), Bukit Pasir (BN-198), Parit Yaani (BN-294), Tangkak (PH-372), Serom (BN-699), Bukit Kepong (PN-710) dan Jementah (PH-714).

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, berkata kemenangan kecil menunjukkan tiada parti mempunyai kelebihan benar-benar selesa, sekali gus menjadikannya sebagai medan persaingan utama berpotensi menentukan keputusan PRN Johor.

Hisommudin BakarHisommudin Bakar.

Hisommudin menjelaskan, ada beberapa faktor boleh menjadi penentu kemenangan seperti kehadiran parti atau gabungan berpotensi memecahkan undi, namun paling penting peratusan keluar mengundi.

“Dalam konteks Johor kadar keluar mengundi rendah lazimnya memberi kelebihan kepada BN kerana parti itu mempunyai rangkaian organisasi dan penyokong teras lebih stabil.

“Sebaliknya, jika kadar keluar mengundi meningkat ke paras 70 hingga 75%, PH berpotensi memperoleh kelebihan melalui mobilisasi pengundi bukan Melayu, pengundi muda dan segmen Melayu progresif,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, cabaran terbesar kepada semua parti untuk menguasai kerusi marginal itu ialah memenangi sokongan pengundi kali pertama dalam kalangan pengundi muda.

“Kumpulan ini belum mempunyai rekod sokongan politik jelas dan tidak terikat dengan kesetiaan tradisional kepada mana-mana parti.

“Dari segi jumlah, mereka juga semakin signifikan dalam struktur pengundi Johor dan dalam saingan sengit di kerusi marginal…kohort pengundi muda berpotensi menjadi kingmaker menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti,” katanya.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berkata, kedudukan kerusi marginal itu masih sangat terbuka kerana keputusan PRN Johor 2022 berlaku dalam suasana ‘tidak normal’ ketika negara masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

Mazlan AliMazlan Ali.

Katanya, ramai pengundi luar tidak pulang ketika itu menyebabkan kadar keluar mengundi hanya sekitar lebih 50% yang meningkat kepada kira-kira 75% pada PRU15, sekali gus mengubah pola sokongan di Johor.

Menurutnya, perubahan kadar keluar mengundi itu memberi kesan besar kepada PH, yang menyaksikan peningkatan ketara undi popular berbanding PRN Johor beberapa bulan sebelumnya.

“Jadi, bagi kerusi marginal terbabit keadaannya masih terbuka kerana banyak faktor boleh mempengaruhi keputusan, termasuk pertambahan pengundi baharu,” katanya.

Mazlan berkata, proses urbanisasi pesat di Johor juga perlu diambil kira kerana ia boleh mengubah kecenderungan politik pengundi, khususnya di kawasan campuran dan bandar.

Katanya, jika kadar keluar mengundi rendah iaitu bawah 55%, BN masih mempunyai kelebihan kerana kekuatan sebagai kerajaan penyandang serta sokongan teras yang lebih tersusun.

“Namun, jika kadar keluar mengundi meningkat melebihi 75% atau menghampiri 80%, PH berpotensi merampas kerusi marginal yang sebelum ini dimenangi BN,” katanya.

시장 기회
CETUS 로고
CETUS 가격(CETUS)
$0.01916
$0.01916$0.01916
-4.00%
USD
CETUS (CETUS) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel