SSML penting bagi melengkapkan rangkaian grid elektrik yang selama ini bergantung kepada satu laluan utama, kata Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali.SSML penting bagi melengkapkan rangkaian grid elektrik yang selama ini bergantung kepada satu laluan utama, kata Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali.

Sabah Southern Madani Link tingkat kestabilan bekalan elektrik

2026/06/14 19:33
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor pada majlis pecah tanah projek SSML di Sipitang, semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Projek Sabah Southern Madani Link (SSML) bakal meningkatkan kestabilan bekalan elektrik di Sabah, menerusi rangkaian grid kedua yang menghubungkan pantai barat dan timur.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali, berkata SSML penting bagi melengkapkan rangkaian grid elektrik yang selama ini bergantung kepada satu laluan utama.

SSML sebahagian daripada rangkaian grid yang akan merentasi selatan Sabah termasuk Sipitang, Tenom, Kalabakan dan Tawau, sepanjang 330km.

“Projek SSML merupakan rangkaian grid penghubung kedua yang sekali gus akan membantu kestabilan bekalan elektrik di Sabah,” katanya di Facebok, dalam video sempena pelancaran projek di Sipitang.

Dalam pada itu, Armizan menerangkan SSML penting bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik berskala besar, seperti yang berlaku pada September tahun lalu apabila salah satu tiang menara pencawang elektrik di Penampang tergelincir akibat tanah runtuh susulan hujan lebat berterusan.

“Kesannya, kawasan pantai timur Sabah termasuk Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran dan Semporna mengalami gangguan bekalan elektrik selama beberapa hari kerana hanya terdapat satu rangkaian grid yang menghubungkan kedua-dua wilayah,” katanya.

Sementara itu, Armizan menerangkan kepentingan projek seperti SSML dikenal pasti sejak 1980-an, dan kerajaan Sabah memohon peruntukan bagi pelaksanaannya sejak lebih sedekad lalu.

Kerajaan persekutuan bawah pimpinan Anwar Ibrahim meluluskan pinjaman mudah bagi fasa pertama projek berkenaan menerusi Belanjawan 2026, katanya. Fasa ini dijangka siap pada 16 Sept 2028, melibatkan pembinaan rangkaian sepanjang 60km.

“Kita berharap peruntukan untuk fasa 1B akan diluluskan pada masa depan untuk melengkapkan keseluruhan grid SSML,” katanya.

Anwar merasmikan majlis pecah tanah projek SSML di Sipitang, Sabah semalam.

Perdana menteri berkata projek itu mencerminkan komitmen kerajaan persekutuan untuk memperluas pembangunan dan kemudahan asas kepada rakyat di pedalaman Sabah.

Menurutnya, SSML dijangka memperkukuh sistem penghantaran elektrik negeri, meningkatkan keselamatan tenaga serta menyokong pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Projek itu juga bertujuan memastikan bekalan elektrik yang lebih stabil dan mampan kepada penduduk Sabah.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00003055
$0.00003055$0.00003055
0.00%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel