Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican berkata pelaksanaan berkenaan melibatkan penggunaan MyKad bagi individu dan kad fleet untuk sektor komersialKetua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican berkata pelaksanaan berkenaan melibatkan penggunaan MyKad bagi individu dan kad fleet untuk sektor komersial

Hampir 200,000 dapat manfaat dalam tempoh 3 hari pelaksanaan BUDI Diesel

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan BUDI Diesel pada harga RM2.10 seliter bermula 1 Julai bagi mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan.

PUTRAJAYA: Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel persendirian telah mendapat manfaat BUDI Diesel dalam tempoh tiga hari pertama pelaksanaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican.

Johan Mahmood berkata pelaksanaan berkenaan melibatkan penggunaan MyKad bagi individu dan kad fleet untuk sektor komersial, dengan hanya beberapa gangguan kecil dari segi aksesibiliti yang disifatkan hampir sama seperti pengalaman pelaksanaan program subsidi bersasar sebelum ini.

“Setakat ini maklum balas yang kita terima ialah dari segi pelaksanaannya berjalan lancar sama ada guna MyKad atau kad fleet. Tak ada sebarang rungutan atau gangguan sebab dia lebih kurang sama seperti BUDI95,” katanya selepas menghadiri Program Lawatan Pasar Tani Putrajaya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif itu boleh mendapatkan panduan selain mengemukakan permohonan berkaitan.

“Berdasarkan maklum balas, kenderaan didaftarkan atas nama bapa tetapi digunakan oleh anak. Maklumat ini ada disediakan di portal budimadani.gov.my,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan BUDI Diesel pada harga RM2.10 seliter bermula 1 Julai, bagi mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini memaklumkan pelaksanaan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia serta 300,000 lagi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.