Timbalan setiausaha agung DAP berkata menang atau kalah dalam PRN Johor tidak ditentukan oleh ramalan tetapi kebijaksanaan pengundi memilih.Timbalan setiausaha agung DAP berkata menang atau kalah dalam PRN Johor tidak ditentukan oleh ramalan tetapi kebijaksanaan pengundi memilih.

BN menang besar hanya ramalan, keputusan di tangan rakyat, kata Sim

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
STEVEN SIM CHEE KEONGSteven Sim berkata keyakinan parti mempertahankan dan memenangi kerusi bukan bersandarkan ramalan, sebaliknya usaha berterusan pemimpin serta jentera parti dalam menyakinkan pengundi.

SEGAMAT: DAP menyifatkan ramalan bahawa Barisan Nasional (BN) akan mencatat kemenangan besar pada PRN Johor hanya sekadar andaian yang tidak menentukan keputusan sebenar di peti undi.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim, berkata musim pilihan raya sememangnya sering diiringi pelbagai ramalan daripada pelbagai pihak, namun keputusan muktamad tetap bergantung kepada pilihan rakyat.

Katanya, kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya itu tidak ditentukan oleh ramalan atau pandangan mana-mana pihak, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan pengundi.

“Dalam musim pilihan raya memang ada banyak ramalan. Ada ramalan orang cerdik pandai, ada ramalan orang pakar, ada juga ramalan macam Pak Belalang.

“Bagi DAP, tugas kita ialah turun padang dan bekerja keras, tidak kira apa juga ramalan orang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama usahawan Tekun, di Jementah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming bahawa peluang BN menang besar dalam PRN Johor semakin meningkat, dengan gabungan yang diterajui Umno itu berpotensi memenangi lebih banyak kerusi berbanding PRN sebelum ini.

Ahli DAP itu berkata BN boleh meraih sehingga 53 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada 11 Julai ini, iaitu pertambahan 13 kerusi berbanding 40 kerusi yang dimenangi pada PRN 2022, sementara Pakatan Harapan (PH) dijangka hanya memenangi baki tiga kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan tewas di semua tempat.

Tambah Sim, keyakinan parti untuk mempertahankan dan memenangi kerusi bukan bersandarkan ramalan, sebaliknya usaha berterusan pemimpin serta jentera parti dalam menyakinkan pengundi.

“Saya yakin usaha dan dedikasi wakil rakyat serta pemimpin kita mampu menyakinkan pengundi. Ramalan ini kita ambil sebagai rujukan sahaja, tidak kira ramalan siapa. Yang penting usaha perlu terus dipergiatkan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua parti yang bertanding dalam tempoh kempen pilihan raya bahawa tiada mana-mana parti boleh menganggap kemenangan sudah berada dalam genggaman.

“Dalam mana-mana pertandingan, tidak ada orang boleh kata dia memang akan berjaya dan menang, jadi jangan bersikap kononnya kerusi ini sudah dalam genggaman dan angkuh.

“Bagi DAP satu sahaja, bekerja dan terus bekerja,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002874
$0.00002874$0.00002874
+3.01%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.