Onn Abu Bakar kata inisiatif itu bertujuan memberi perlindungan sosial kepada suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap.Onn Abu Bakar kata inisiatif itu bertujuan memberi perlindungan sosial kepada suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Calon PH DUN Senggarang mahu perluas Perkeso kepada suri rumah B40

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ziarah kasih Onn Abu Bakar Calon PH SenggarangCalon PH bagi DUN Senggarang, Onn Abu Bakar, ketika ziarah penduduk di Taman Bestari.

BATU PAHAT: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Senggarang, Onn Abu Bakar, mahu memperluaskan perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada lebih ramai suri rumah daripada golongan B40 di kawasannya bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya berlaku musibah.

Beliau berkata inisiatif itu sudah dimulakan sejak 2023 menerusi usaha mengenal pasti suri rumah yang benar-benar memerlukan bantuan untuk mencarum.

“Kita dah mula sejak 2023 lagi. Tahun ini kita akan mulakan semula dengan kerjasama komuniti Madani, ketua kampung, pengerusi masjid dan surau bagi mengenal pasti mereka yang layak.

“Kita sasarkan mereka yang benar-benar memerlukan sebelum berkongsi data dengan Perkeso,” katanya kepada FMT selepas program ziarah di Taman Bestari, Senggarang.

Onn berkata beliau melihat sendiri manfaat Perkeso kepada keluarga pencarum yang meninggal dunia akibat kemalangan.

“Saya sendiri pernah menyampaikan cek pencen kepada waris. Ada balu yang menerima antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Sebab itu kita mahu beri motivasi kepada suri rumah supaya turut mempunyai perlindungan sosial, walaupun kita sedar tidak semua mampu mencarum sendiri,” katanya.

Program sama turut dilaksanakan bagi membantu golongan nelayan dan bekerja sendiri mencarum bawah skim Perkeso, dengan caruman ditanggung selama setahun sebagai galakan sebelum mereka meneruskan sendiri.

Menurutnya, fasa pertama tahun ini dijangka dimulakan di Taman Bestari membabitkan kira-kira 10 suri rumah.

Sempena PRN Johor, Onn yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat bertanding di DUN Senggarang. Beliau berdepan pertandingan tiga penjuru, mencabar Mohd Yusla Ismail (BN) selaku penyandang dan Mohd Rashid Hasnon (PN).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai ini, manakala undi awal pada 7 Julai.

Berdasarkan statistik SPR, PRN Johor kali ini melibatkan 2,727,926 pemilih berdaftar, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002712
$0.00002712$0.00002712
-7.21%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.