Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata sokongan itu boleh diterjemahkan di kerusi tidak ditandingi PN sambil sifatkan dua parti berkenaan berasal daripada 'rumpunBekas ketua Pemuda Umno itu berkata sokongan itu boleh diterjemahkan di kerusi tidak ditandingi PN sambil sifatkan dua parti berkenaan berasal daripada 'rumpun

KJ seru Bersatu ikut jejak PAS sokong calon BN

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Khairy Jamaluddin anggap PAS dan Bersatu ‘bukan musuh’ politik Barisan Nasional (BN).

BATU PAHAT: Penyokong Bersatu diseru mengikut jejak PAS agar mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) sebagai manifestasi semangat ‘kolaborasi agung’ parti politik Melayu, kata Khairy Jamaluddin.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, walaupun BN mahu meningkatkan sokongan pengundi bukan Melayu, usaha menyatukan sokongan orang Melayu juga tidak boleh diketepikan khususnya di Johor.

“Kalau tidak ada calon daripada PN, kita ajak pengundi daripada Bersatu juga untuk sokong BN.

“Atas semangat kolaborasi agung di kalangan orang Melayu. Walaupun kita tidak mahu melihat orang bukan Melayu dipinggirkan, penyatuan Melayu adalah sesuatu yang diharapkan sebahagian besar orang Melayu, terutama di Johor,” katanya ketika hadir membantu kempen calon BN di Parit Yaani, Najib Samuri, di Parit Besar.

Khairy berkata, Bersatu dan PAS tidak sepatutnya dianggap sebagai musuh politik BN, sebaliknya berasal daripada ‘rumpun sama’.

“Bersatu bukan musuh kita. PAS juga bukan musuh kita. Bila ada rakan-rakan kita yang tidak bertanding, contohnya di kerusi ini (Parit Yaani) kita ajak mereka sokong kita.”

Dalam pada itu, bekas menteri kesihatan itu berkata, BN tidak boleh hanya bergantung kepada kekecewaan pengundi bukan Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) dan DAP untuk meraih undi.

“Tetapi, jangan kita harap secara automatik mereka (pengundi bukan Melayu) akan beri undi kepada BN. Orang kecewa dengan pihak lain itu satu hal, tidak semestinya mereka suka kepada kita.

“Usaha kita dalam tempoh 10 hari ini adalah untuk meyakinkan mereka supaya memberi peluang kepada BN,” katanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0,04501
$0,04501$0,04501
+0,98%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.