Taqiuddin Cheman berkata sokongan jentera parti kekal pada tahap terbaik termasuk dari segi bantuan gerak kerja kempen.Taqiuddin Cheman berkata sokongan jentera parti kekal pada tahap terbaik termasuk dari segi bantuan gerak kerja kempen.

Calon Amanah tolak dakwaan boikot di DUN Maharani

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
TAQIUDDIN CHEMANCalon PH bagi kerusi DUN Maharani, Taqiuddin Cheman, berkata dakwaan bahawa beliau calon luar adalah tidak berasas kerana beliau sudah lama berkhidmat di Muar.

MUAR: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Maharani, Taqiuddin Cheman, menolak dakwaan kononnya wujud gerakan dari dalam untuk memboikot kempennya di PRN Johor.

Taqiuddin yang mewakili Amanah berkata beliau yakin tiada sebarang gerakan boikot akan dilakukan ahli dan penyokong PH, khususnya Amanah di Maharani.

“Kita tak rasa ada ahli nak boikot, mungkin ada seorang dua, tapi dia tak bawa sampai adanya gelombang besar dan ia tak jejaskan kempen kita,” katanya kepada FMT.

Katanya, sepanjang berkempen berjalan, sokongan diberikan jentera kekal pada tahap terbaik, termasuk dari segi bantuan gerak kerja kempen.

Taqiuddin juga berkata dakwaan bahawa beliau calon luar adalah tidak berasas kerana beliau sudah lama berkhidmat di Muar dan ahli keluarganya juga menetap di kawasan itu.

“Sebenarnya soal calon luar tak jadi isu sebab saya dari zaman muda saya bergerak aktif. Saya juga bekas ketua Pemuda PAS Muar pada 2015 dan kini selaku naib ketua Amanah Muar.

“Soal pemilihan calon, parti telah membuat penelitian dan setiap peringkat menghantar calon, seterusnya (pimpinan pusat) tentukan,” katanya.

Beliau mengulas khabar angin ada penyokong Amanah yang tidak mahu keluar mengundi selepas didakwa tidak berpuas hati dengan pencalonannya mewakili PH di kerusi berkenaan.

DUN Maharani menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Anuar Hayan (PN), Ashari Md Sarip (BN), Amir Jack (Muda) dan Taqiuddin (PH).

Pada PRN Johor lalu, DUN Maharani itu dimenangi Abdul Aziz Talib dari Perikatan Nasional dengan majoriti 1,037 undi dalam saingan enam penjuru.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.04484
$0.04484$0.04484
+0.60%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.