Seorang penganalisis berkata Wawasan masih bergantung pada PAS, manakala seorang lagi lihat parti itu ambil masa untuk bina kekuatan.Seorang penganalisis berkata Wawasan masih bergantung pada PAS, manakala seorang lagi lihat parti itu ambil masa untuk bina kekuatan.

Lemah atau strategi? penganalisis beza pandangan Wawasan tak tanding PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
hamzah zainudin hadi awang launch parti wawasan fb pic 1726Peranan Hadi Awang yang beri nama Wawasan dan pengumuman Hamzah Zainudin bahawa parti itu tidak bertanding PRN Johor menunjukkan Wawasan bergantung pada sokongan PAS, kata penganalisis. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penganalisis berbeza pandangan mengenai keputusan Parti Wawasan Negara tidak bertanding di PRN Johor dengan seorang melihatnya sebagai tanda kelemahan, manakala seorang lagi menganggapnya sebagai langkah strategik.

mazlan aliMazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata keputusan itu menunjukkan parti baharu tersebut belum mampu berdiri atas kaki sendiri. Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berpendapat Wawasan hanya mahu mengambil masa untuk membina kekuatan.

Wawasan yang dipimpin Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, mengumumkan pada 25 Jun lalu bahawa parti itu tidak meletakkan calon pada PRN Johor. Sebaliknya, Hamzah berkata Wawasan akan beri tumpuan kepada PRN Negeri Sembilan yang dijadual 1 Ogos ini.

Mazlan berkata keputusan itu mencerminkan hubungan rapat Wawasan dengan PAS, apabila Presiden PAS Hadi Awang bukan sahaja merasmikan penjenamaan semula parti itu, malah turut memberikan nama baharunya. Wawasan merupakan versi penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia.

Berbanding dengan Parti Bersama Malaysia, Mazlan berkata parti yang dipimpin bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli itu bertanding solo dengan meletakkan calon di 15 kerusi DUN.

Menurutnya, Bersama mempunyai hala tuju politik yang lebih jelas berbanding Wawasan yang banyak bergantung kepada sokongan PAS sejak penubuhannya.

“Bersama ialah parti bebas yang tidak terikat dengan mana-mana gabungan. Wawasan pula mempunyai hubungan rapat dengan PAS, sebab itu ia cenderung mengikut nasihat kepimpinan PAS.

“Bersama bergerak secara bebas dan hala tujunya lebih jelas, manakala kemunculan Wawasan banyak didorong oleh sokongan PAS,” katanya kepada FMT.

Mazlan berkata keputusan Wawasan itu juga selari dengan strategi PAS yang menggesa penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) atau Umno di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) di PRN Johor.

“Wawasan ialah rakan strategik penting PAS, dan keputusan PAS memberi laluan yang lebih mudah kepada BN juga boleh diterima Wawasan. Masih ada ruang kerjasama pada masa depan,” katanya.

Sebaliknya, Awang Azman menyifatkan ketiadaan Wawasan dalam PRN Johor sebagai satu ‘penyatuan strategik’, bukannya tanda kelemahan.

Katanya, parti itu masih terlalu baharu untuk memiliki jentera akar umbi yang kukuh, mengenal pasti calon serta membina organisasi yang mantap di Johor.

Menurutnya, bertanding pada tahap ini berisiko menyebabkan kekalahan besar, kehilangan wang deposit serta mewujudkan persepsi bahawa Wawasan hanyalah parti serpihan elit yang dianggotai bekas pemimpin Bersatu.

Awang Azman PawiAwang Azman Pawi.

Awang Azman berkata Wawasan sepatutnya menumpukan kepada usaha memelihara sumber, mengukuhkan kedudukannya dalam PN, di samping mengekalkan hubungan baik dengan Hadi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa Wawasan berdepan risiko politik sekiranya terus menjauhkan diri daripada pilihan raya.

“Jika Wawasan terus mengelak daripada bertanding, ia mungkin dilihat sekadar satu kenderaan untuk rundingan politik atau platform untuk tokoh tertentu, bukannya sebuah parti massa yang sebenar,” katanya.

Beliau menambah, Wawasan akhirnya perlu menterjemahkan pengaruh nasional Hamzah kepada calon, jentera dan undi sebenar bagi membuktikan kekuatan politiknya.

Awang Azman turut membandingkan Wawasan dengan Bersama yang menurutnya sedang membina pengaruh dari peringkat akar umbi dengan menguji sokongan pengundi.

“Sebaliknya, Wawasan pula lebih bergantung kepada rundingan dalam gabungan dan kedudukan politik,” katanya.

PN bertanding di 33 kerusi di PRN Johor menerusi Bersatu (16), PAS (11), Parti Rakyat India Malaysia (lima) dan Pejuang (satu).

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0,04484
$0,04484$0,04484
+0,60%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.