Premier Sarawak berkata pengesanan masa nyata kenderaan itu bertujuan semata-mata untuk meningkatkan keselamatan awam.Premier Sarawak berkata pengesanan masa nyata kenderaan itu bertujuan semata-mata untuk meningkatkan keselamatan awam.

Sistem pemantauan 24 jam di Miri tak ceroboh privasi, kata Abang Jo

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Premier Sarawak Abang Johari Openg ketika melawat pusat kawalan bandar pintar Miri yang dilancarkan hari ini. (Gambar Ukas)

PETALING JAYA: Sistem pemantauan 24 jam yang dilengkapi teknologi pengecaman wajah dan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan mula beroperasi di Miri, Sarawak.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata rangkaian pengesanan itu tidak melanggar privasi individu dan diwujudkan semata-mata untuk meningkatkan keselamatan awam.

“Walaupun ia digunakan untuk kepentingan awam, itu tidak bermakna kami melanggar privasi anda,” katanya di Miri selepas melancarkan pusat kawalan Bandar Pintar Miri, lapor Dayak Daily.

Katanya, sistem itu merakam imej masa nyata motosikal yang melalui kawasan berkenaan serta merekodkan nombor pendaftaran kenderaan secara automatik yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih proaktif dan selamat kepada orang ramai.

Sistem pengesanan masa nyata itu beroperasi meliputi rangkaian sejauh 77km dan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Abang Johari berkata beliau yakin rangka kerja tersebut akhirnya akan menjadi model yang boleh diperluaskan ke seluruh Sarawak.

Beliau turut mencadangkan agar pusat kawalan berkenaan mempunyai satu lagi aplikasi yang dapat merumuskan semua aktiviti yang berlaku dalam tempoh seminggu.

Ringkasan data mingguan itu akan membolehkan pihak majlis bandar raya memantau corak kejadian secara berterusan serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam di seluruh rangkaian tersebut secara berperingkat.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002773
$0.00002773$0.00002773
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.