Gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pengundi Melayu pilih calon Melayu tanpa kira parti dijangka tidak beri kesan besar terhadap corak sokongan.Gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pengundi Melayu pilih calon Melayu tanpa kira parti dijangka tidak beri kesan besar terhadap corak sokongan.

Naratif kaum semakin pudar menjelang PRU16, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
votingPenganalisis menyifatkan pengundi Melayu kini lebih matang dan tidak lagi mudah dipengaruhi naratif yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

PETALING JAYA: Naratif politik berasaskan kaum dilihat semakin hilang pengaruh menjelang PRU16 apabila pengundi kini lebih cenderung menilai prestasi pemimpin dan keupayaan parti menangani isu rakyat.

Penganalisis politik berkata, gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad supaya pengundi Melayu memilih calon Melayu tanpa mengira parti dijangka tidak banyak mengubah corak sokongan, khususnya di kawasan bandar dan kerusi campuran.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) menyifatkan, pengundi Melayu kini lebih matang dan tidak lagi mudah dipengaruhi naratif yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

“Orang Melayu hari ini tidak terlalu selera dengan politik menghasut berbentuk perkauman kerana semua terkesan dengan isu lebih besar seperti kos sara hidup, harga barang dan peluang pekerjaan.

Tawfiq YaakubTawfik Yaakub.

“Saya yakin orang Melayu akan memilih orientasi parti dan pemimpin yang mempunyai prestasi cemerlang sebagai elemen utama dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada FMT.

Menerusi surat terbuka di Threads sebelum ini, Mahathir menggesa pengundi Melayu mengutamakan calon Melayu pada PRU akan datang, tanpa mengira parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, pilihan pengundi Melayu pada pilihan raya itu akan memberi kesan besar terhadap masa depan negara, sambil memberi bayangan akan mengetengahkan calon tertentu.

“Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU,” katanya.

Sementara itu, Tawfik berkata pengundi hari ini lebih mengutamakan keperluan asas dan jaminan terhadap kehidupan mereka, selain menilai rekod prestasi parti serta pemimpin sebelum membuat pilihan.

Tawfik berpandangan, kenyataan Mahathir bahawa identiti ‘calon Melayu’ hanya akan diumumkan ketika PRU memberi gambaran beliau sedang mempersiapkan presiden Pejuang yang juga anaknya Mukhriz, untuk memainkan peranan lebih besar dalam politik menjelang PRU16.

“Saya lihat beliau sedang mempersiapkan Mukhriz sebagai ‘calon Melayu’ tersebut. Sebab itu Pejuang memohon menyertai Perikatan Nasional sebagai jalan pintas untuk Mukhriz mendaki hierarki politik negara,” katanya.

Walaupun tidak menjangkakan Mukhriz menjadi perdana menteri dalam masa terdekat, Tawfik tidak menolak kemungkinan presiden Pejuang mampu muncul sebagai ‘kingmaker’ jika PN memperoleh keputusan memberangsangkan pada PRU16.

Mazlan AliMazlan Ali.

Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpandangan sentimen kaum masih wujud dalam politik negara, namun tidak lagi menjadi faktor dominan dalam menentukan pilihan pengundi.

Katanya, gesaan Mahathir mungkin hanya memberi kesan kepada segmen kecil pengundi, terutama di kawasan majoriti Melayu, namun sebahagian besar rakyat kini lebih menerima kepelbagaian kaum dan hidup dalam masyarakat majmuk.

“Sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima kaum lain dan hidup bersama secara harmoni. Perbezaan kaum bukan lagi satu masalah, malah dianggap sebagai kekuatan.

“Sentimen kaum dan agama masih akan wujud dalam politik menjelang PRU16, tetapi ia tidak lagi menjadi faktor dominan yang mempengaruhi keputusan pengundi, terutama di kawasan bandar dan kerusi campuran,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002765
$0.00002765$0.00002765
-0.89%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.