Menteri dalam negeri menjawab soalan sama ada pegawai SPRM turut disiasat selepas ahli perniagaan Sarawak itu didakwa diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabatMenteri dalam negeri menjawab soalan sama ada pegawai SPRM turut disiasat selepas ahli perniagaan Sarawak itu didakwa diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat

SPRM tak disiasat atas kehilangan Pamela Ling, kata Saifuddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
pamela lingPamela Ling dilaporkan hilang pada 9 April 2025 ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM untuk membantu siasatan pengubahan wang haram. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata fokus siasatan polis ke atas kehilangan ahli perniagaan dari Sarawak, Pamela Ling, untuk mengenal pasti fakta dan elemen jenayah.

Menurutnya, kertas siasatan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (TPR) untuk penelitian lanjut pada 24 April lalu dan polis belum menerima arahan lanjut.

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berhubung status siasatan dan sama ada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut disiasat kerana Ling didakwa diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat agensi itu.

“…kes itu dikategorikan masih lagi dalam siasatan aktif,” kata Saifuddin dalam jawapan bertulis Parlimen.

“Berkenaan isu sama ada pihak SPRM turut disiasat, kementerian ingin menegaskan fokus utama polis pada masa ini adalah untuk mengenal pasti fakta dan elemen jenayah (mengenai kehilangan Ling) bersandarkan bukti serta keterangan yang sahih.

“Memandangkan kertas siasatan ini masih dalam kajian TPR, sebarang tindakan lanjut atau peluasan skop siasatan terhadap mana-mana entiti hanya akan diputuskan sekiranya terdapat penemuan bukti baharu atau berdasarkan arahan dan ulasan lanjut daripada TPR kelak.”

Ling, 42, dilaporkan hilang pada 9 April 2025 ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam siasatan.

SPRM melancarkan siasatan ke atas Ling dan suaminya, ahli perniagaan Sarawak Thomas Hah, pada Mei 2024 atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Pada Mei 2025, mahkamah membenarkan Ling meneruskan prosiding semakan kehakiman terhadap waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret kepada SPRM, selepas beliau didakwa gagal hadir untuk memberi keterangan kepada agensi antirasuah itu.

Pada Ogos tahun lalu, Bukit Aman dilaporkan berkata, ia tiada petunjuk di mana Ling berada dan memerlukan lebih banyak masa untuk siasatan lanjut, selepas mengambil keterangan 48 individu berhubung kehilangannya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002857
$0.00002857$0.00002857
-2.25%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.